Saturday, 26 January 2013

DIARI DI MIRI PART II

Hai Assalamualaikum!


Hehehe.. Mesti ada yang tertunggu-tunggu sambungan Diari di Miri Part I tu kan. Minta maaf. Minta maaf. KAMI masing-masing menyibukkan diri dengan tugasan harian. Semua tak menyempat nak mengupdate gambar-gambar dihari kedua KAMI. Tambahan pula KAMI tengah sibuk-sibuk pikir program ke Sibu pula. Oppsss! Oke oke. Cerita kat Miri pun tak habis lagi ada hati nak cerita pasal Sibu pulak. Jom kita sambung Diari di Miri Part II. 


Ahad, 13 Januari 2013

0000 : Masing-masing tidur tak sedar dek lelah manjat gunung Taman Negara Lambir semalam (agaknya). Dapat pulak bantal extra 4 bijik. Heaven gila tidur. Mati sekejap KAMI malam tu.  

0600 : Weh bangun bangun! Kata nak gi Gua Niah, jadi ke tak ni?
           ............... Senyap

0610 : JOM JOM GERAK! Alhamdulillah Allah telah menghidupkan KAMI semula. Haha. Bangun-bangun, malas-malas, solat-solat, mandi-mandi, siap-siap, kemas-kemas. 

0700 : Check-out hotel terus. Awalnya check-out? Tak boleh. Lambat-lambat check-out dia cas sejam seploh hingget. Gua Niah bukannya dekat.

0715 : Bismillahitawakkaltu'alallah. KAMI pun memulakan perjalanan dan menyetting GPS ke Gua Niah.

Berbekalkan roti yang KAMI beli semalam (itupun dah tinggal bun picisan yang terakhir) KAMI berbreakfast dalam kereta. Dah tak kisah dah tentang makan sebab esaited nak gi Gua Niah ni. Cuaca pun sangat-sangat mengizinkan. Alhamdulillah. (Perlu makan cukup-cukup untuk tenaga sepatutnya. Percayalah.)

0900 : Tu tu! Dah nampak dah pintu gerbang dia! Yeay dah sampai Taman Negara yang kedua pulak.


0915 : Jom register first. Nampaknya KAMI group pertama yang sampai ke sini dulu pada hari tersebut. Bayaran sama macam masuk Taman Negara Lambir semalam (semalam ke?) iaitu RM10 seorang. Tak lama lepas tu ada group yang kedua tiba. Ok lah, tak delah hanya KAMI keperempuanan je dalam hutan tu nanti. 

Teruja bukan main. Sila dengar betul-betul penerangan kakak receptionist tu. Jarak perjalanan hingga ke hujung gua adalah lebih kurang 4.1 km. Dia kata 1 km bersamaan lebih kurang 45 minit perjalanan kakian. Sekurang-kurangnya 4 jam masa diperlukan untuk habiskan perjalanan jejak jelajah gua sampai ke hujungnya (bukan Setia hujung nyawa) dan berpatah balik semula melalui jalan yang sama ke pintu masuk Taman Negara. Kalau dah masuk then keluar balik paling cepat 3 jam. Larat ke KAMI ni? Stamina takde. Redah jelah. Tawakkal 'alallah. Konon-konon nampak pintu gua je, i repeat, nampak pintu gua je kita balik semula. Boleh percaya ke?

Ok. Jom layan gambar:
  • Bye-bye Blueberry Inn! Nanti tunggu KAMI datang check-in lagi eh!

    Nak jugak posing sebelum memulakan drift.

    Tu baru Batu Niah. Belum Gua Niah nya.

    KAMI lalu jalan dalam ni. Ada jalan pantai mereka kata lagi dekat. Apa nak buat, GPS tau jalan ni jer. =,=

    Wajah-wajah ceria nak memulakan kembara.


    Jangan pandang kamera. Tengah drift ni naik turun bukit, jalan pun macam ular kena palu..
    Alamak. Jauh sangat perjalanannya, tidur dulu jap. Hehe.

    Sekolah dia.

    Weeee.. 19km lagi.!

    Tak boleh nak tekan lebih-lebih. Kenari ni bawak 100 je pun rasa dah laju.

    Rumah panjang moden. Wuuuu... Kereta pun besar-besar tu.

    Jambatan Batu Niah. Siap ada ala-ala pintu gerbang gitu.

    Dah sampai Pekan Batu Niah dah.

    Destinasi Pelancongan KAMI. ^_^

    Alhamdulillah sampai jugak akhirnya. Register dulu.

    Esaited.

    Ok. Ni check point pertama. Nanti kita sampai sini kita patah balik. Haha. Mungkin itulah dialognya.

    Semangat nih nak jejak Gua Niah.

    1 kewajipan bergambar kat pintu masuk kan.

    Kalau rajin baca dulu.

    Sila dapatkan tiket sebelum beredar. Ni tiket Fani.

    KAMI dengan tiket masing-masing. Haha

    Kena naik bot untuk ke seberang sana. 1 kapla 1 ringgit. Nampak tak jeti sebelah sana tu, tak sampai 5 minit rasanya.
    Eh ada muzium lah. Nanti la balik KAMI singgah. Teruja nak masuk gua melebihi segalanya.

    Penghujung Taman Negara Niah ni adalah Painted Cave iaitu Gua Lukisan. Tapi gua tersebut sedang dalam renovation. Jadi perjalanan KAMI cuma hingga ke Kuala Gan Kira tu iaitu 3.8 km jer. Jer?
    Trek dia memula jalan tar ni.

    This is your National Park! Use it! Enjoy it! Preserve it!

    Dah masuk dalam sikit trek dia macam ni lah. Kayu. Tapi kalau basah memang sangat licin.
    Aik baru masuk dah nak berehat? Haha. Tapi dah jauh juga perjalanan KAMI sebenarnya baru jumpa pondok-pondok rehat ni.

    Cak.

    Ulat gonggok merah.

    Tengok la kat atas tu, dah nampak dah dinding Gua Niah ni. Eh, dinding ke?

    Posing sambil hati berbunga riang.

    Batu-batuan unik di sepanjang perjalanan.

    Sungai Niah ni kalau tak salah KAMI.

    Tukar orang pulak.

    Lagi haiwan eksotik. Eksotik? Hentam jelah. Siput daun agaknya ni.

    Eeeee. Geleman lak.

    Ha ni cantik sikit. Belang dia macam ular.

    E eh, ada orang jual-jual kat tengah hutan ni.
    Oooo... Jual souvenier. Tak jauh dari persinggahan ni terdapat rumah panjang. Tak tahu pula KAMI boleh singgah melawat ke idak.

    Subhanallah. Indahkan ciptaan Allah.

    Penat teramat tapi KAMI sembunyikan disebalik wajah ceria tu. Tapi masih nampak jugak muka penat tu. Haha.

    Pagar besi ni mungkin ditutup pada waktu malam. Mungkin.

    Posing lah.




    History cave archeology. Bacalah kalau rajin. KAMI tak baca pun. Nak cepat nih. Haha

    Penemuan tapak rumah yang dah tinggal tiang jer. Tiang-tiang ni kalau tak salah KAMI takde guna sebatang paku pun untuk dicantumkan.

    Ni lah Gua Dagang.

    Baca sejarah dulu jap.

    Ok. Sekarang kita dah berada di sini. Adoi cikgu ni.

    Uuuuuu... Baru sampai sini ke? Jauh lagi ni perjalanan KAMI.

    Gua dia macam ni jer.
    Just nice je kan? Hahak

    Amik gambar apa tu..

    Langit-langit Gua Dagang.

    Mencabar tak? Mencabar tak?

    Jangan risau. Ada tangga.

    Hah tengok tu dah separuh dah bekalan air KAMI.

    Gua Dagang dari sudut tangga.

    Ok. Sekarang kita dah melepasi gua yang pertama. Seterusnya,

    Yang ada jaring-jaring tu apa pulak?
    Ooooo.. Tapak penemuan arkeologi.

    KAMI dah sampai di mulut Gua Niah.

    Mulanya kan KAMI bercadang hanya sampai pintu gua jer. Ish tapi dah teruja giler, memang tak sampai hati la kalau tak jelajah hingga ke dalam gua tersebut.

    Pandangan dari sudut luar gua.

    Jalan masuk / way in. Hee


    Yang tali-tali tu adalah untuk mereka gunakan kutip sarang burung layang-layang.

    Ha, sekarang ni dekat sini.


    Ada pondok-pondok. Eh, mungkin rumah rehat. KAMI turut menumpang di situ melepaskan lelah. Siap bertampal koyok dan menghabiskan bekalan coklat yang ada.

    Pandangan dari dalam gua ke pintu keluar.

    Ni dah tak ingat dah pandangan kat belah mana. Kalau tak salah ni adalah check point KAMI yang terakhir iaitu di Gan Kira.

    Ni betul-betul kat dalam gua. Gelap sangat-sangat.

    KAMI dah berpatah balik ke pintu masuk.

    Perlu melalui tangga untuk turun.

    Cahaya dari luar sangat menyilaukan.
    Huh penat. Tapi masa untuk jelajah dalam gua ni tak lah lama sangat. Tak sampai sejam kot KAMI dah ke luar pintu gua semula.

    Ok. Posing lah kenangan. Entah dapat jejak kaki ke sini lagi ke tidak kan?
    Terang sangat pencahayaan.
    Ok dah jom balik.

    Singgah sini lagi.

    Terkilan sangat tak beli kat sini. Huuuuu

    Yeah! Semangat nak balik pulak.

    Yahuuu! Dah sampai!

    Eh. 100 meter lagi lah. Haha.

    Akhirnya..

    Jom masuk muzium tadi.

    Sambil tu boleh lah kita berehat-rehat kat sini.

    Ok. Dah abis pusing muzium dah.

    Jum balik Kuching. Eh belum lagi. Balik Miri dulu.
    Besar harapan KAMI dapat menjejakkan kaki ke Taman Negara Niah ni. Khazanah negara yang masih terpelihara. Nak gi lagi lah di masa depan. Errr.. Gua Mulu pulak lah.

    Sebelum memulakan jungle trekking,
    • Silalah buang bahan buangan anda. Kat dalam tu nanti takde tempat pembuangan. Takkan nak membuang kat tepi-tepi tu, sampai hati. 
    • Sila pakai pakaian yang bersesuaian. Kasut sukan yang tapaknya sangat mencengkam amatlah digalakkan sebab trek dia licin giler. Selipar Asadi boleh? Eh boleh, cubalah kalau nak jadi macam cicak tu.
    • Jangan lupa bawak torch light. Dalam gua tu gelap gulita. KAMI ada bawak. Jangan jeles. Tapi Radia takda, kena la sewa jugak RM5. 
    • Sila bawa bekal yang secukupnya. Tapi bukanlah nasi lemak ke, mee goreng ke, nasi arab bagai. Nak pergi picnic tempat lain. KAMI bawak air mineral berbotol-botol, cokelat berehat sebentar bersama Kit Kat dan Cadbury satu bar serius tak cukup.
    • Dan lagi untuk safety, pakailah topi kalau tak nak kena berak burung dan kelawar. Tapi KAMI tak kena pun?hehe.
    • Bawak tuala untuk lap-lap rembesan peluh.
    • Bawak koyok kot-kot sakit kaki dan sakit belakang kat tengah-tengah hutan. Safety First kan.
    Ok lah. Sampai di sini dulu yer Diari di Miri Part II ni k? Nanti KAMI sambung cerita hari kedua ni kat Diari di Miri Part III pulak. Hahaha. Tak larat dah. Tak sabar nak publish. Kihkihkih.

    Bye!! Assalamualaikum..



No comments:

Post a Comment