Monday 18 February 2013

ALBUM SIBU 2

Hai Assalamualaikum!


Yerrr kita sambung lagi album sepanjang KAMI berada di Sibu. Ingatkan nak balik dah petang tu, tapi rupanya sambung jalan lagi. Seterusnya KAMI menapak ke Pasar Malam Sibu. Ianya terletak tidak jauh dari Sibu Heritage Centre. Apa yang menariknya pasar malam di sini, ia dibuka pada tiap-tiap hari seawal jam 5.30 petang. Berbeza dengan Kuching yang dibuka hanya pada hujung minggu. Jom cuci-cuci mata.


PASAR MALAM SIBU

Suasana Pasar Malam Sibu sebelum malam menjelma.

Tengok-tengok apa yang boleh dibeli. Apa yang dapat KAMI lihat, perniagaan di sini didominasi oleh bangsa Cina.

Beli apa tu?

Gerai makanan

Gerai menjual cenderamata.

I LOVE SIBU

Boleh kata, cenderamata ni ada jugak dijual di Kuching. hehe

Antara buah yang glamour di Sibu, iaitu buah Isau. Isi nya tebal, biji nya halus dan rasanya manis-manis buah. huhu (nama pun buah). Lebih kurang mata kucing rasanya.

Suasana bangunan di sekitar bandar Sibu

Jalan raya yang memang sibuk. Hati-hati memandu. hehe..


WATERFRONT SIBU

Balik dari Pasar Malam, sibuk nak tengok sunset. haha. Kat Sibu ada pantai ke? Rasanya tak ada. Jadi KAMI menikmati pemandangan sungai sahaja. Sungai Rajang ke? Mungkin ya. Adeh! Kurang pengetahuan lagi. 


Wisma Sanyan, bangunan tertinggi di Sibu.

K. A. M. I. bersantai sepetang di sini.

Cak!

Ada tugu..
  
Ni la tapak projek KAMI.

Dijangka siap pada bla bla bla. haha..

Candid!

Nak jadi model ke?

Candid kebetulan dan dan.

Jom kita gi sana.

Pegi posing kat sini lah

Taraaa..

Nak terbang macam swan ni jugak..

1 2 3 4 5

The right view
Ada jugak la sunset nya tu. haha. dah jom balik!

KAMPUNG BANDUNG

Malam tu KAMI bersiap-siap selepas isyak untuk mencari makan pulak. Destinasi KAMI tentulah Kampung Bandung. Banyak pilihan kedai makan kat sana sampaikan tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya KAMI singgah di kedai makan Pak Soh Tom Yam.

Snap-snap dulu sementara menunggu hidangan

Skodeng apa tu?

Sabar menanti. Baru sampai nasi. hihi

Antara menu KAMI : Tom Yam Campur

Sayur kailan ikan masin

Telur dadar pun boleh la.

Siakap 3 rasa

Sekali meraikan birthday girl esok hari. Happy Birthday Zhaty! Bak ucapan ayahanda nya, semoga semakin bertambah umur, semakin bertambah iman. hehe

Doa makan jangan lupa
Dah complete set order, kita makan la. Bismillah..

Beberapa minit kemudian, haha.. Alhamdulillah

Sebelum
Selepas. haha

 SEVEN STOREY PAGODA

Dah kenyang, hati pun lapang. haha. Seterusnya KAMI pusing-pusing bandar Sibu melihat panorama malam. Cewahh! Memandangkan minggu depannya adalah Chinese New Year, memang terserlah kemeriahan sambutan perayaan tersebut di sini.

Kalau tak silap KAMI tokong ni nama Ta Pek Kong. huu
Meriah kan?

Bergantung-gantungan di jalanan

Sibuk nak skodeng apa ada kat dalam.

Posing lah
  
Apa lagi

Dan lagi

Tanglung penyeri malam

Terletak di Jalan Chew Geok Lin

 PINTU GERBANG SIBU

Seterusnya KAMI night-walk di Pintu Gerbang kebanggaan Sibu. Sekejap pun jadilah, janji ada pegi. hehe


Pintu Gerbang Sibu

Mercu tanda Sibu, Angsa Putih.

Statue harimau. Teringat cite CZ12. 12 lambang zodiak kepercayaan bangsa Cina.

Dragon statue.

Statue manok. hehe

Tahun kelahiran sape la ni.. hehe

Kambing

Kuda
Dah-dah jom kita balik!

Penat sudah berjalan seharian. Ada esok lagi seharian KAMI di Sibu. Trip kali ni takde check-in check-in hotel, tapi KAMI check-in di rumah Zhaty. hehe.. Terima kasih Zhaty! 

Sekian dulu yep Album Sibu 2, sambung di Album Sibu 3 pulak. hehe Bye!! Assalamualaikum..

2 comments:

  1. Salam... Google psl sibu, come across this blog... any email that i can send to know about sibu... kena pegi sibu for 2 years... so kinda nk tau la before pegi... if you dont mind sharing la...

    fan_pai@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. anything blh emel ke ourstory004@gmail.com. thanks for visited :D

      Delete