Wednesday 16 January 2013

DIARI DI MIRI PART I

Hai Assalamualaikum!

Fuuhhh Fuhh Fuhh! Teruja giler nak upload gambar-gambar KAMI di Miri. Hahaha. Tapi oleh kerana masing-masing giler camera, terpaksa lah buat part by part. Kononnya nak show off semua. Tapi memang tak dapat lah. Okeh. Redha.

Jumaat, 11 Januari 2013

1800 : Gerak gempur ke Airport. Amik Pija dulu kat office, then jumpa Fani kat sana.   

2015 : Yeay jom terbang ke Miri. Ohh Airasia bila nak gerak ni?

2130 : Ok dah sampai. Lebih kurang sejam lima minit perjalanan.

   Malam tu kawan Pija, Ewi yang menjemput KAMI di Airport Miri. Thank you so much. Eh mana pulak kereta sewa yang KAMI booked ni? Mesej-mesej tak balas. Call-call off handphone. Hasudah. Kalau tak dapat sewakan bagitau ler awal-awal. Mati la nak cari kereta sewa lain last minute. Ahh amik jelah no. fon Syarikat kereta sewa yang ada kat Airport nih. Tapi sebab dah lewat malam, mereka malas nak layan. So malam tu KAMI naik kereta Ewi, tumpang tidur di rumah Ewi dan dia bawa KAMI makan malam di area Saberkas (ingat kat Kuching je ada nama tempat Saberkas). Pasar Malam pun ada kat area Saberkas ni. Tapi dah kemas-kemas dah. Kalau tak, boleh jalan-jalan tengok pasar malam orang.


Sempat lagi duduk berurut sementara tunggu flite KAMI. Tengok tu, artis dah sampai.
 
Teruja! Macam lah first time naik kapal terbang. Haha.


Sabtu, 12 Januari 2013

0600 : Dah bangun dah esaited nak pusing Miri pepagi.

0800 : Bonda Ewi dah siapkan breakfast untuk KAMI. Alamak, dah lah menumpang, segan la macam nih. Susah-susah jer. Tapi makan jugak. Haha. Terima kasih di atas kesudian dan layanan family Ewi menerima kunjungan KAMI.

1000 : Bergerak ke Airport semula untuk cari kereta sewa yang lain. Deal punya deal last-last amik Kenari. 1 hari RM90. Jadi KAMI sewa untuk 2 hari. Dia bagi minyak full, so pulangkan pun kena full. Fuiyoo naik Prius Hybrid owner tu untuk ambil kereta Kenari di satu tempat yang lain. Giler jakun.

1200 : Check-in di Blueberry Inn yang KAMI booked beberapa hari sebelum. 1 malam RM68 untuk standard room, termasuk tax hanya RM74.80. Terletak berdekatan dengan Giant Permy Mall di Bandar Baru Permyjaya.

1400 : Makan tengahari di area Saberkas juga. Tapi bukan kedai yang malam semalam tu. Macam susah jer nak cari makan kat sini (macam..)


Weee. Kuda Laut yang pertama KAMI jumpa. Jakun.

Macam baru turun dari kapal terbang pulak. Haha.

Tak sabar nak pusing bandar Miri.

Ha nilah dia Kenari KAMI. Kuang kuang kuang.

Makan nasi campur + air suam 4 orang makan RM17.30.

1500 : Set GPS untuk ke Lambir. Hihi. Singgah kedai roti jap bawak bekal.

1530 : Tiba ke destinasi. Apa lagi, jejak bertapak mencari air terjun lah. Puteri-puteri nak bersiram. Haha.

1630 : Kemas-kemas, siap-siap, solat jamak untuk balik ke bandar Miri semula. Dapat mandi sekejap pun jadilah. Itupun dah biru-biru jari.


Antara misi utama KAMI di Miri. Nampak signboard je dah esaited giler. Tapi asek tanya, bila la nak sampai ni. Haha.

Alhamdulillah. Sampai jugak akhirnya. Ni baru 29km dari bandar Miri.

Register dulu. Bayaran masuk adalah RM10 seorang.

Kerut-kerut dengar orang tu cakap apa la agaknya. Haha.

Memulakan ekspedisi Jungle Trekking KAMI yang pertama di Miri.

Tumbuhan yang terdapat di Taman Negara Lambir ni.

Jambatan gantung.

Trek dia.

Haasemput. Mana air terjunnya ni? Orang depan dah dengar bunyi deru air kot, tu yang laju je jalan ke depan.

Dah nampak dah. Teruja teruja! Tapi takde tempat nak turun. Kena naik atas lagi la jawabnya.

KAMI malas nak naik lagi. Dah tak larat dah. Cukuplah mandi kat stage 1st yang KAMI jumpa ni. Hee jom mandi. Lagipun dah lewat petang. Rasanya KAMI je yang ada di tengah-tengah hutan Taman Negara Lambir ni sebab time masuk tu dah takde sesiapa yang baru masuk. Semua dah nak balik masa KAMI sampai tu.

Dah siap-siap nak gerak balik bandar Miri.

Tentatif seterusnya adalah pusing-pusing di sekitar bandar Miri. Lokasi pertama KAMI adalah Taman Awam Miri. Tekan minyak ikut GPS jela apa lagi.



Macam-macam jenis tarikan dan kemudahan di taman awam ni. Ada water park, air terjun buatan, tempat untuk berBBQ, jambatan gantung. Sesuai untuk aktiviti santai-santai seisi keluarga.

Kan best kalau kat Kuching pun ada macam ni. Hehe.



Dari kiri cepat jalan! Haha.

Kuda Laut lagi. Bawah jejantas tu.




Dan misi seterusnya nak tengok sunset (@ sunshine) kat Luak Bay Esplanade. Cer tengok mana GPS ni bawak KAMI pergi.


Luak Bay Mini Market. Hahahampeh! Tapi KAMI singgah juga beli bekalan jajan-jajan untuk hari esok. Rupanya memang dah dekat dah Esplanade dari kedai runcit ni. Tapi KAMI tak jumpa cari.

Then KAMI tengok peta Miri, ada 1 tempat tu iaitu Seahorse Light House. Macam best jer nama dia. Apa lagi, search lah kat GPS. Tadi dah tertipu tuju mini market. Tapi nak taknak kena pakai GPS jugak. Sebab langsung tak tahu jalan.

Tiba di Marina Bay. Dah takde sunset dah. Nak ke Seahorse Light House (rumah api ke?) kena jalan kaki rupanya. Patutlah KAMI tak jumpa sebab naik kereta dari Marina Bay ni. Haha.

Seterusnya KAMI ke Canada Hills. Ala, gelap giler kat sana. Kurang pencahayaan. Nak berposing pun tak dapat. Nampak bayang hitam jer. Hu.

Pemandangan sekitar bandar Miri.

Akhirnya KAMI decide pergi cari makan. Teringat Restoran Muara yang mereka sebut-sebutkan, The Founder of Lalapan. Akhirnya KAMI jumpa yang ni, area belakang Maybank berdekatan dengan sungai. Banyak cawangan Restoran Muara ni.

Total 5 orang makan semuanya RM47.20. Apa yang lelapan? 1. Tauhu. 2. Tempe. 3. Kacang panjang. 4. Sayur hijau rebus. 5. Kobis. 6. Sambal belacan. 7. Limau. 8. Lauk utamanya. Ok. Cukup lelapan.
Tengah search Gua Niah latu. Haha.

Dah sandar kekenyangan KAMI cadang nak balik hotel terus, tapi kawan Pija, Su ajak pusing lagi melawat Miri City Fan pula. Tengok jam pun baru menunjukkan 8 malam. Jadi KAMI pun follow aje. Bestnya ada tourist guide. Hehe.

Taman ni rupanya berbentuk kipas amoi tu. KAMI ingatkan ada kipas besar ke. He.

Sakan.

Pokok berlampu.

Abaikan.

K. A. M. I.

Last pose.

Macam-macam.


Ok jom balik, tidur, solat jamak. Dah penat dah. Ingatkan nak pusing sekejap je kat sini, tengok-tengok jam dah dekat pukul 10. Alhamdulillah. Hari pertama program berjalan dengan lancar. Esok kena bangun awal, sambung misi yang seterusnya.

Nantikan sambungan Diari di Miri Part II pulak k. He.

Bye!! Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Gambar Gua Niah mane?

    ReplyDelete
  2. Rugi tak pergi rumah panjang,,, tak jauh lagi dari pantai bakam

    ReplyDelete