Wednesday 26 June 2013

CATATAN DARI KK ~ PART I



Hai, Assalamualaikum...

Dah lama benar tak “berblogging”. Sebok sangat ker KAMI nie? Ahaaa.. Sedar tak sedar, sekarang dah bulan Jun. Lagi beberapa hari je nak puasa. Wah, episod jenjalan ke Kota Kinabalu dan lama berlalu, tak sempat nak show off kat sini kan. Tapi tak jadi masalah, sebab ianya masih kukuh di ingatan KAMI. Episod cuti-cuti kali ni agak terkilan sikit, sebab Fani tak dapat ikut. (atas sebab-sebab tertentu). Alahai..terkilan sangat-sangat. Takpe Fani, nanti kita pergi sama-sama pulak yerh? hehe.. 

Punyelah excited nak pergi KK, sampaikan isu semasa, berita terkini pun kami tak tahu. Apa taknya, sampai jer kat airport KK, terbaca status kat FB, ada pencerobohan oleh tentera Sulu kat Lahad Datu. Mak aii.. ingatkan biasa-biasa jer. Tapi sampaikan 12 anggota keselamatan Malaysia telah terkorban, ape kes? Takut tu memang takut ar. Patut la ramai jer askar lalu lalang kat airport tu. Tapi, dah sampai pun kat KK ni, nak wat camne, tak kan laa nak amik flight balik pulak kan. hahaha.. Nak tak nak, KAMI teruskan jugak. Kali ni menumpang lagi. Tumpang rumah Hajar, kawan Fani dan Radia. hehehe.. Jadi, bermulalah episod kaki jalan KAMI.


KKIA


1 Mac 2013 - Jumaat

Lokasi pertama KAMI ialah ke Kundasang. Kawasan tanah tinggi, berbukit (dah sama level ngan awan katanaya. haha..). Perjalanan ke sana, dari bandar KK mangambil masa lebih kurang sejam setengah lebih. Betul ke nak pergi ni? Banyak aspek keselamatan nak kena fikirkan nih. Jalan berliku, naik bukit, hari dah gelap, berkabus lagi, all of us perempuan pulak tu. Bincang punye bincang, keputusannya.. Yes! KAMI pergi jugak, bermalam kat sana. Apa lagi.. Driver setia KAMI la yang drive, kereta Hajar, baru lagi tu, plastik pun tak koyak lagi tau. Apa namanya? Mitsubishi MIRAGE. Hehehe..

Untuk penginapan, KAMI walk-in saja chalet-chalet yang terdapat di Kundasang tersebut yang terletak di sepanjang jalan. KAMI bernasib baik sebab terjumpa chalet yang terletak betul-betul di hadapan pintu masuk Kinabalu Park. Esok pagi kena bangun awal ni, nak tengok matahari terbit di celah gunung Kinabalu. Cewahh! haha.. Lodge yang KAMI check-in ni satu malam RM80 untuk katil queen size.

Mitsubishi Mirage, parking baik punyer, betol-betol depan tangga
Dah siap check-in, keluar lagi cari tempat makan dulu. Lapar oii sejuk-sejuk ni. Dah agak lewat, kedai pun dah nak tutup dah.
Tunggu order makanan kat "Homestay Garden Cafe". Masing-masing dah nampak penat dah.

2 Mac 2013 - Sabtu

Celik je mata, masih kat Kundasang. Teruja bukan main lagi nak tengok persekitaran Kundasang ni. Apa tak nya, sambil-sambil tunggu turn bilik air, sempat lagi jenguk-jenguk kat luar, semata-mata nak menikmati keindahan persekitaran Gunung Kinabalu ni. Nasib baik cepat jugak keluar, boleh la tengok kelibat gunung tu. Kalau tak, tengok bayang-bayang je la. Kabus tebal melitupi keindahannya nanti.

Indahnya Kinabalu. Begitu memukaukan.
Tetap tak puas hati, kena zoom jugak bagi dekat.
Mesti ada.. Latarbelakang Gunung Kinabalu. Tu la dia pintu masuk ke Kinabalu Park. Tempat orang mendaki Gunung Kinabalu.

Peace Kinabalu.. Mana Dejavu nyer?

Wahh.. Cantik kan, pandangan dari atas. Awal pagi, kabus pun masih tebal lagi.
Yeahaa.. Saya bebas di puncak Kundasang.
Kecut perut!
Ada apa 7 jari tu atau 25 maksudnya? Kita nantikan maksud tersiratnya.

Sejuk wei.. x der sweater ke?

KAMI.. Bertiga saja.
Tempat menginap. Sejuk giler air dia, rasa malas nak mandi la wei! Tapi KAMI dah mandi ok.
Sebelum gerak, posing dulu spukul!
KAMI empat, Jelmaan Fani, pinjam Hajar sat err. Hehehe.
Santa-santai, rugi tak bangun lagi awal. Kan dah tak nampak gunung Kinabalu tu!


Ni baru posing depan Tahubang Lodge, tempat menginap. Penat nak pilih gambar, banyak sangat. Ok, kita tengok lagi, kemana lokasi kami di pagi tu. Lokasi seterusnya ialah ke Poring di Ranau. Setengah jam dari Kinabalu Park ni. Kat sana ada kolam air panas, jambatan gantung, Butterfly Farm, Gua Kelawar, air terjun pun ada.

Peta lokasi.

Beli tiket dulu.
Tak payah sibuk-sibuk nak fikir, semua hala ke kiri.
Jangan sesuka hati nak wat sampah kat sini yer.
Jalan lagi.. Tak jauh sangat pun.
Haaa.. Dah nampak dah! Kalo tau, tak payah mandi kat lodge KAMI tu, mandi je kat sini.hehe..
Ingatkan boleh mandi manda kat sini. Hehehe.. Tapi ada kolam lain disediakan untuk mandi jugak.
Penat kaki, apa lagi. Rendamkan dalam air panas lah.

Tak puas hati kat sini, menjelajah laa kami ke bahagian-bahagian lain pulak. Rupa-rupanya luas lagi kawasan ni, bukan setakat hot spring je. So, apa lagi..menerokai alam di Poring ni pulak laa..

Tak tau nak wat keputusan, nak hala kemana. Telefon dulu lah.
Pilih jer nak masuk kemana. Tapi setiap entrance tu ada bayaran lagi tau!
Yang ni pilihan KAMI. Agak mencabar jugak la.
Hahah.. Sempat jugak nak snap. Untuk panduan di lain masa. Hehehe.
Dah bersedia mendaki & meredah hutan, untuk masuk ke jambatan kanopi.
Walaupun penat mendaki, boleh lagi nak senyum-senyum. ;)
Dah separuh jalan, berhenti rehat dulu. Nasib baik ada tempat rehat.
Kali ni bawak bekal air botol besar lagi. Risau kot jadi macam kat Gua Niah hari tu. Huhu..
Sambung lagi... Bila laa nak sampai ni. Penat yang amat sangat daki bukit ni, mungkin sebab KAMI cuma bersarapan roti je pagi tadi. huhu.. Sadis. 

Harhhh... lega, dah sampai dah. Bersedia untuk berjalan kat jambatan gantung pulak.
Tu dia jambatannya. Giler tinggi.. Jangan pandang bawah, gayat nanti. Jambatan ni digantung antara pokok ke pokok. Tu yang tinggi giler antara jambatan-jambatan gantung yang pernah KAMI jumpa.huhu..
Sempat posing kat hentian yang ada. Background cantik sangat!

Time ni kena charge RM5 sebab kantoi. Hahaha.. Nak naik tu kalo bawak camera, kena bayar sepatutnya.
Dalam kerisauan pun, sempat lagi pusing nak ambik gambar. Nampak tak muka orang cuak kat situ? haha..
Yea, dah sampai hujung. Tengok dia punya tapak, kecik je tu.
Keluar dari Hot Spring, ada kedai-kedai souvenir, apa lagi, cuci mata la.
Beli 1, percuma 2. Beli, beli, beli...
Tak lepas peluang untuk shoping-shoping. Banyak betol barangnya.
Hajat hati nak singgah, tapi kalau nak masuk, bayar RM30 per head. Giler mahal nye. Nak tengok bunga je pun.

Lokasi Kedua kami adalah ke New Zealand. Ehh, ye ke nie? Ahaha..tak leh nak jejak kaki kat New Zealand betul, kami pegi je la kat tempat ala-ala New Zealand. Kat sini ada tempat ternak lembu. Luas sangat, dengan rumputnya pun menghijau, memang jatuh hati ar. Siap boleh minum susu lembu fresh lagi. New Zealand la sangat kann.. Ahaha.. Dalam perjalanan ke Dairy Farm tu, terpesona la pulak dengan suasana persekitaran. Ape lagi, berhenti la kejap. Tepi jalan pun jadi la.

Bukan setakat tepi jalan, sampai ke tengah jalan posingnya. Ni KAMI singgah di Masjid Kundasang untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya.
Rasa macam nak terbang jer

Sejuk weii... Tinggi jugak drive semalam rupanya.

Tengok bawah, gayat jer rasa.
Tu dia, Jalan ke Desa Dairy Farm. Sepanjang jalan tu banyak jumpa ladang sayur-sayuran.
Dekat nak sampai, tak jauh lagi dah.
Ni dia lembu-lembu peliharaan. Terbaik lah!!

Satu kewajipan. Semua kena bayar!
Susu segar dari ladang der..

Sempat shopping lagi tu.
Nak jenguk anak lembu dulu.

Wahh.. Memang memukaukan!

Nampak macam real New Zealand tak?
Cu tengok kat belakang...Dah tengahari, bukan main tebal kabus  dia.

Peace!! Saya nak ternak lembu jugak lah..

Just Smile! :)
Bertiga lagi!
Hajat hati nak pegi lagi dekat ngan lembu-lembu tu.

Nasib baik ada pagar. Kalau tak, harus kami pegi dekat ngan lembu-lembu tu.

Dah macam satu rombongan dah. haha..
Yeahooo!! Berada di puncak, nak capai awan yang berarak!
Sebelum balik, sempat lagi singgah nak bergambar.

Hehehe.. banyak benor gambar nye. Tak tau nak pilih, macam nak masukkan semua jer. haha.. Setakat ni dulu yang sempat KAMI coretkan. Banyak lagi tempat menarik yang KAMI singgah. Nantikan part yang seterusnya. Ok? Hehehe..


Bye, Assalamualaikum..