Tuesday 11 December 2012

LUNDU ~ PANDAN BEACH



Hai, Assalamualaikum!

Wah, dah nak balik kerja, baru excited nak update blog! Tetiba pulak kan.. Haha.. Ape kata orang, tak kenal maka tak cinta? Eh ye ker? Kalau tak tahu, maka…..? Hahaha… Kali ni, jom kita muhasabah sekejap, sebelum menerokai entri yang KAMI akan kongsikan nanti.

Di tengah-tengah kekalutan dengan tugas masing-masing, tetiba pulak rasa nak melapangkan fikiran, mendamaikan hati dan menenangkan jiwa.  Pokok pangkalnya hati yang tenang hanya akan diperolehi di dalam keadaan mengingati Allah. Salah satu cara untuk mengingati-Nya ialah dengan merenung, mengamati dan menghayati segala ciptaan Allah S.W.T. yang terindah ini. Dalam kesempatan berhujung minggu, walau tanpa perancangan awal, tertunailah jugak hasrat di hati nak menyusuri tepian pantai di Sarawak ni. Pertama kali menjejaki Pandan Beach, Lundu.

Subhanallah, Maha Agung Allah SWT. …indah sungguh ciptaan-Mu.. Tenang dan mendamaikan. Hehehe.. Tapi, seriously, memang cantik pemandangan kat sini. So, alang-alang siapa yang datang ke Sarawak, luangkan laa sedikit masa ke pantai ni. Tak jauh mana pun. Kalau dari Kuching, lebih kurang sejam lebih jer. Masa KAMI ketempat ni, bukannya tahu jalan pun. Main redah jer. Redah punye redah, rupanya ikut jalan jauh.. Siap naik feri lagi. Tetiba tengok signboard, laa. Kalau ikut jalan ke Serikin, lagi dekat. Tak payah susah-susah naik feri. Hahaha. Apapun, tak dilupakan rakaman fotografi penting untuk tatapan KAMI sendiri. Ni la lokasi aktiviti hujung minggu KAMI kali ni:

Bukan iklan Blackberry yer!
Jauh perjalanan KAMI
Siap naik feri lagi! tapi seronok dapat tengok kampung orang..
Ok. Dah sampai, pekena duyan dulu. Memang hantu durian!
Rajinnya, anak teruna sape laa ni? Eh, culek anak orang lagi.haha
Antara bekalan KAMI, berpicnic laa katakan!

Sebelum mandi-manda, kita makan dulu!

Tenang?                                                       Bersahaja?                                               Terpaksa?
Suatu petang di tepi pantai
KAMI...Santai sepetang disini!
Bergurau dengan adik kesayangan.

Berada di puncak, menggapai awan kelabu! Ape yang suko sangat tu..
Yearh! Saya berjaya akhirnya!
Gaya tersendiri.. Hikhikhik!
Berebut layang-layang ngan budak laa pulak!
                                 Nak naikkan layang-layang, begini caranya yer!           Yeahhh, sudah di angkasa dah!

Pheewittt! berdating ker? Macho arr!
Jap eak, nak bergambar dulu
Ala-ala buaian! hehehe..
Jom balik!!
Driver yang setia..Sambil terbang, sambil makan MAMEE..Saman dia!
Wah.. Syok nyer tido. Penatnya mengalahkan driver!
Suasanamu indah, sekelumit memori terukir disini! Dan diabadi di blog KAMI~

Aha.. Itu saja untuk kali ni. Insya Allah, ada masa, ada kelapangan KAMI akan ke sini lagi, memang best lah kat sini. Keindahan yang cukup memukaukan! Sehari bersantai kat sini, cukup untuk membuatkan hati memperolehi ketenangan. Sambil bersukaria, sambil menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Alhamdulillah, syukur atas nikmat ini..


 Bye, Assalamualaikum!




4 comments: