Thursday, 31 January 2013

KENAPA TAK TERUJA?

Hai Assalamualaikum!

Cerita kat Miri dah habis dah. Jangan risau. haha. Pssttt. Minggu ni program KAMI ke Sibu lak. Tapi kenapa tak se-esaited macam nak pegi Miri hari tu yeh? Ermmm. Entah. Mungkin sebab orang kata Sibu takde apa sangat. Tapi, belum pergi, belum tau kan? Haritu si Radia ke Sibu cuma menghadiri kursus. Jadi takde lah berjalan sakan. Tambahan pulak ada orang tu lepas balik dari Sibu nanti ada presentation. Chaiyyo-chaiyyo Pija!

Jom kita jenguk-jenguk blog mereka yang bercerita tentang Sibu. Boleh lah dapat sedikit gambaran camana trip KAMI ke Sibu nanti.

Blog Pertama :

Nak highlight apa yang menarik. Hehe :
  • Pintu gerbang Sibu
  • Sibu Central Market
  • Cityvine Riverside
  • Sibu Waterfront
  • Wisma Sanyan
  • Ku Tien Memorial Park
  • JAMBATAN LANANG SIBU
  • MINI WATERPARK SIBU
  • SIBU LAKE GARDEN
  • SIBU HERITAGE CENTRE
  • REV JAMES M. HOOVER MEMORIAL GARDEN
  • SIBU JAYA TOWNSHIP
  • Sibu Airport

Blog Kedua :

 Ooo. Boleh cuba kedai makan sini nih.

Blog Ketiga :




Antara aktiviti dan tempat menarik yang mereka pergi :
  • Tapak Pasar Malam Sibu
  • Terminal Penumpang Sibu, menaiki bot dan pergi ke rumah panjang
  • Melawat tokong cina, melihat tugu swan, melihat pintu gerbang Sibu
  • Sibu Central Market Complex
  • Wisma Sanyan, bangunan tertinggi di Sarawak
  • Makan di Islamic Nyonya Cafe
  • Kampung Bandung, dibuka pada waktu malam
  • Kuah Lee (tempat apa ni? shopping complex ke tugu peringatan?)

Ha banyak juga kan tempat menarik yang boleh pergi. Sempat kot pusing habis sebab trip kali ni cuma 2 hari 1 malam je. Si Nisa, housemate KAMI sempat promot melawat kampung dia kat Tanjung Manis iaitu lebih kurang sejam dari Sibu. Kalau ada transport boleh lah KAMI pergi yer Nisa. hehe. InsyaALLAH. 

Tak lupa untuk masukkan Bukit Aup dalam tentatif program. Sibu Civic Centre Museum, Seven-Storey Pagoda, Lembangan Market, Golden Triangle, Iban Longhouse (tak pasti lah tempat-tempat ni sama dengan yang kat atas ke tak.haha). Ada nak tambah apa-apa lagi?


Ayat wajib. Kata-kata peransang :
Kita hanya mampu merancang, semoga ALLAH mempermudahkan. 


Jangan la tak ingat nak charge bateri camera esok. haha.


Bye!! Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment