Hai Assalamualaikum kamu-kamu semua!
Jenuh tunggu update terbaru blogkitempat ni kan?haha.. Perasan sibuk KAMI-KAMI ni. Dah dua minggu berlalu sejak trip ke Sibu hari tu. Dua minggu lagi nak ke KK pula. Aduh. Serius penat. Haha.. Jom tengok album pengembaraan KAMI di bumi Sibu.
|
Cantikkan pemandangan bumi Tuhan ni. |
|
Pergi duduk berdua-duaan. |
|
Ni mungkin Sibu lah kot. Hik! |
|
Feeling-feeling artis sangat! Sekejap je dah sampai Airport Sibu. Lebih kurang 40 minit perjalanan dari Kuching (tapi sempat jugak tidur atas flite.haha..) |
|
Awal pagi dah ada kat tempat orang.haha.. Baru pukul 8 kot ni. |
|
Pemandangan di luar Airport. Snap-snap sementara menunggu kereta sewa. Ada orang besar nak datang kot. Siap ada polis tu. |
|
Sempat lagi jalan-jalan kat kem orang. hehe.. Nasib baik ada kawan kepada kawan Radia buat sewaan kereta. |
|
Comel tak kereta sewa KAMI?hehe.. Satu hari RM80. Last minit booking. Ingatkan taknak sewa kereta. Last-last sewa jugak. |
|
Ke mana hala tuju kita? Kali ni KAMI tak pakai GPS. Hebat tak?haha.. |
|
Apo yang suko sangat tu mek?haha.. |
|
Pukul 10 KAMI berbreakfast merangkap lunch sekali. Pagi-pagi dah makan nasi? Takut kebulur lagi macam kes kat Miri. kihkihkih..Aik? Ada 5 pinggan? Jengjengjeng. Tourist guide KAMI, Zhaty kawan kepada Fani dan Radia. |
|
Konon-konon KAMI check-in kat hotel ni la. haha.. |
BUKIT AUP
Selepas isi perut, destinasi pertama KAMI adalah ke Bukit Aup. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari bandar Sibu. Jauh jugak KAMI rasa. Apa lagi, ada kesempatan je mesti nak tidur. haha.. Bangun-bangun tengok dah sampai. Tak sempat nak menikmati pemandangan kat tempat orang. hehe..
|
Apada. Orang pegi petang-petang taman rekreasi, KAMI pegi tengah-tengah hari buta. haha.. Pelancong kan, peduli apa kita. |
|
Banyak giler ikan kat kolam dia. Atas kolam ni ada restoran. Tapi mungkin pemiliknya adalah orang Cina. |
|
K. A. M. I. |
|
Peta Bukit Aup |
|
Lets go to the zoo! haha.. |
|
Jangan tinggal daku.. |
|
Pemandangan sekitar Bukit Aup. |
|
Ha yang ada bumbung-bumbung tulah restoran nya. |
|
Ada jambatan gantung jugak. Sekali lagi KAMI persoalkan, kenapa kat Kuching takde macam ni? Atau KAMI yang tak tau? haha.. |
|
Lagi pemandangan. |
|
Juga pemandangan. |
|
Buat la kat Kuching satu. Miri ada, Sibu ada.. =,= |
|
Trek jalan kaki. |
|
Zhaty! Tak sangka boleh jumpa kat bumi Sarawak. hehe.. |
|
Zhaty! Kawan sekolah menengah KAMI. |
|
Kenapa tu? Tersangkut ye.. |
|
Panas sangat cuaca hari tu. KAMI banyak habiskan masa duduk di pondok ni je. hehe.. Sempat lelap mata. Aik? tidur lagi? haha.. |
|
Dah hilang penat, KAMI berjalan-jalan sekitar taman. |
|
Posing la kan..dengan liuk lentok nyer.Alahai mak minah sayang! hahaha.. |
|
Tempat apa ni? Macam dewan keramaian je?hehe.. |
|
Tak ada apa pun kat atas tu. |
|
Apa lagi, posing laa.. |
|
Jom tengok pemandangan.. |
|
Ler, pemandangan perumahan dalam pembinaan. haha.. |
|
Naik atas sikit baru ada nampak pemandangan. Sungai Rajang kot. Kot.. |
|
Jum la balik. Dah habis pusing sampai atas dah ni. Penat jugak mendaki tangga kat bukit ni.. |
|
Air mineral bekalan wajib. |
|
Cari tempat redup sikit. |
|
Eh, ni gambar kat atas bukit tadi sepatutnya. haha.. |
|
Bawak jajan tapi tak makan pun kan. |
|
Lereng bukit. Mesti ada air pancut keluar kat batu-batu tu kan. Andaian KAMI la. hehe.. |
|
Perahu tak jadi. Eh, nak jadi perahu kot..Tapi dah usang laa.. |
|
Lambaian terakhir di sini. |
|
Sempat lagi.. |
|
Eksen je tu. Manade makanan ikan pun. Kena beli. No outside food allowed. Alamak. |
|
Babai Bukit Aup.. Taman Jubli.. ????? |
|
Ha ada kereta polis lagi. Dia eskot kita kot. Haha.. Sempat KAMI bertanyakan kat encek polis tu mana nak cari rumah panjang. |
RUMAH PANJANG DI SG. ENGKALAT
Destinasi seterusnya KAMI memburu rumah panjang. Sebab orang kata kat Sibu ni banyak rumah panjang. Yup. Memang banyak pun. Boleh tengok laman web Sibu. Siap ada nama rumah panjang tu di list kan satu-satu dan nama ketua rumah panjangnya. Dipanggil tuai kalau tak salah. hehe..
|
Ni la kot Sungai Engkalat nya. hehehe.. |
|
Ha tiang gol. Depan rumah kau ada? |
|
Bukan ni rumah panjangnya. Bukan. KAMI tak masuk pun rumah panjang. hehe.. Melawat-lawat kawasan sekitar je. |
|
Jalan tar sampai depan rumah |
|
Sempat lagi skodeng, pak cik tu wat ape.. Tangkap ikan kot.. |
|
Babai rumah panjang. hehe.. RH. tu singkatan Rumah |
|
One Malaysia Cultural Village. KAMI ingatkan apa la ni kedai 1 Malaysia ke.. Ala-ala foodcourt, tapi katanya banyak kedai Cina. |
|
Dah balik baru tengok pemandangan kampung orang. |
|
Haha. Ada roadblock. Lari-lari. Tinted kereta ni gelap giler. Tak berani nak lalu depan pak polisi itu. |
|
Ni la jambatan tadi yang kita tengok kat atas Bukit Aup tu. |
TANJUNG MANIS
Dah terpusing-pusing tawaf roundabout tak tahu ke mana destinasi KAMI. Tiba-tiba nampak signboard tulis Tanjung Manis. Teringat kat Nisa suh pegi kampung dia. KAMI pun, jom! haha.. Ada driver baru, masing-masing apa lagi , tidur la lagi sebab Nisa kata sejam je. Dah bangun-tidur-bangun-tidur-bangun-tidur lagi. Tapi kenapa macam dah terasa jauh sangat ni? Terus terbangun tak tidur-tidur lagi. Kita sesat ke? haha..
|
Jauh pulak perjalanan KAMI, jalan pun tak berapa nak best naik kancil je. huhu.. |
|
Banyak jambatan lak tu. huu menyeramkan kata driver. Ada dekat 7, 8 ke 10 buah jambatan KAMI lalu. |
|
Ni baru 1 jambatannya.. |
|
Tak tau apa yang menyeramkan. haha.. |
|
Yeay sampai jugak akhirnya kampung Nisa. Sejam lebih perjalanan. huu penat-penat-penat. |
|
Duduk dalam kereta pun rasa penat. Moh la kita berehat. Nampak masjid. Bermusafir lalu. Solat jamak. |
|
Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Tanjung Manis. |
|
"Macam mana ni? Nak teruskan ke sampai sini je?" "Kata nak ke Pantai Belawai?" |
|
Discuss jap, nak teruskan ker, nak balik jer? Moh kite kelik! tak yah g lah Pantai Belawai tuu. |
|
Rumah area kampung Tanjung Manis. Sama pattern jer. |
|
Haus, brenti beli air dulu.. Siap beli eskrim lagi. |
|
Jauh jugak perjalanan KAMI rupanya. |
SIBU HERITAGE CENTRE
|
Tu dia..Sejarah bangunan Sibu Heritage Centre. Baca lah yer. Ahaha.. |
|
Tengok-tengok beg dulu, boleh guna untuk letak barang-barang shoping nanti. Ade yang berkenan tak? |
|
Ni bangunan Sibu Heritage Centre kot. Kita lalu kot terowong dia dulu. |
|
Dengan penuh semangat berjalan menyusuri lorong ni. |
|
Lorong-lorong sepi belakang bangunan. Semata-mata nak cari kedai jual sobenier. Tapi apsal tutup plak kedainya. |
|
I LoveSibu..Semestinya!! |
|
Nilah satu-satunya kedai souvenirs yang bukak. So, apa lagi, sopim-sopim laa.. |
|
Ni nak beli baju ke ape ni? |
|
Orang sibuk nak shoping, dia sibuk ngan ulo dio! Eeeiii.. Geli gelemang weih!! |
|
Ahaaa.. Masing-masing dah bimbit plastic. So, ape lagi..Moh jalan lagi, |
|
Simbolik di sebalik Sibu Heritage Centre |
|
Apa lagi.. Berposing sakan la KAMI. |
|
Dengan gaya tersendiri |
|
Cit-cat sini dulu. |
|
Di sini memori antara KAMI terukir lagi... |
|
Bersempena dengan Gong Xi Fa Chai yang akan menjelang, bergambar di bawah tanglong pon jadi laa.. |
|
Ade yang tak kena ke? |
|
Si Black kancil, tumpang sat yer! |
|
Dah..jom kita balik mandi. Seharian berjalan, penat woo.. |
Inilah album episod pertama KAMI di Sibu. Nantikan kemunculan episod seterusnya yer.. Sememangnya banyak lokasi yang memukaukan dan semestinya memberikan satu lagi pengalaman terbaru dalam diari kehidupan KAMI sebagai perantau. Bermusafir mencari secebis kenangan untuk diabadikan dalam perjalanan kehidupan KAMI yang masih panjang..InsyaAllah..
OK, bye..Assalamualaikum..
Salam...ade no kete sewa x?
ReplyDeletewslm.. dah xde simpan la pulak. mintak maaf yer..
ReplyDelete