Friday 30 November 2012

KOPI 'O' CORNER

Hai, Assalamualaikum!


Jom jelajah Kuching, cari makan lagi. Nak ikut tak, KAMI ke Coffee 'O' Corner. Kalau datang Kuching, boleh jugak try makan kat sini. Jom kita tengok, apa yang ada kat sini.

Coffee 'O' Corner
Ada lebih kurang 4-5 gerai yang jual macam-macam jenis makanan. Mee jawa, mee kari, sate, rojak, laksa, bubur ayam dan macasm-macam lah.

Mee kolok, mee sapi, mee pok, mee kampua pun ada. Tapi KAMI tak penah rasa laa pulak.
Roti canai, roti tisu, roti sardin. Tosei ader tak?

Nasi hidang pun ada. Pilih jer nak lauk ape.
Ramai betol pelanggan kat sini, tak kira masa.
Memang patot laa staff dia ramai. Siap ngan uniform lagi tu!
Nie yang KAMI try makan, mee kolok. OK jugak laa.
Mee Jawa, best jugak!
Nasi ngan Ayam masak kicap + tempe goreng + sayur
Laksa Sarawak!

Coffee 'O' Corner ni terletak betol-betol tepi Jalan Satok. Kalau naik flyover kat Satok tu pun, boleh nampak kedainya kat sebelah kiri. Mungkin sebab kedai dia kat corner lot, sebab tu guna nama corner kot! Hahaha.. Memang banyak makanan yang ada kat sini hinggakan rambang mata, tak tau mana yang sedap, tapi ada jugak yang cakap, Roti Mayonis Daging memang popular kat sini. KAMI pun tak tau rasanya camne, sebab tak penah try lagi. Lain kali, bila singgah sini, KAMI rasa laa ek. Huhu.. Itu saja yang sempat KAMI coretkan di sini.



 Ok, bye, Assalamualaikum!

Thursday 29 November 2012

SURPRISE!!!!



Hai, Assalamualaikum!

Something special untuk hari ni. Satu-satunya peluang yang terbentang untuk KAMI pada hari ini, 30 November 2012, tepat jam 12.00 malam. KAMI dengan setulus hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada Pija, yang juga merupakan sahabat KAMI.


Doa KAMI semoga beliau dikurniakan iman yang sempurna dibaluti dengan akhlak yang terpuji, di anugerahi umur yang bermanafaat dan dilimpahi rezeki yang halal lagi berkat. Semoga hidup lebih dirahmati di dunia dan akhirat. Hari ini akan menjadi saksi ketabahan sahabat mengharungi segala onak dan duri di sepanjang kehidupannya. Sesungguhnya telah setahun bersama, ternyata ukhuwah KAMI begitu teguh memayungi jalinan persahabatan ini. Alhamdulillah, KAMI turut menumpang gembira, suka & duka bersama. Semoga bergembira di hari ulangtahun kelahiran ini.





Before the clock strikes twelve let me take the opportunity to let you know that you have grown a year more.



~ HAPPY BIRTHDAY ~





Ikhlas daripada :




Ok bye, Assalamualaikum!


Wednesday 28 November 2012

OTAI

Hai... Assalamualaikum....

Bila dah dok office ni, tak der kerja tengok la gambo2 lama..... huhu... terkenang pulak masa KAMI nie hanya berdua jer....  Di sini la permulaan persahabatan KAMI dan juga permulaan hobi suka jalan2..... Ingat lagi, masa tu JMQ belom sampai Sarawak.... baru tuannya aja sampai Sarawak..... Orang cakap dimana ada kemahuan disitu ada jalan..... Dari rumah jalan kaki pegi Waterfront sampai la ke Parkson Riverside... Amik ko..... Larat tuu..... Huhuhu.... Ambik gambar pun semua sorang2... hehehehe...

Buaya Tembaga yg selalu jadi mangsa keadaan.... Kecian dia... Nasib tembaga, kalo betul2.....

Waterfront Map.... Hehehe.... Mana la tau sesat pulak tak tau jalan balik....
Lambat betul la Pija nie... Huhuhu...
Dah tak pandang belakang lagi dah orang tu jalan kann.... 
Fuhh.... Dah nak sampai Tun Jugah dah nie... Hehehe....
Statue Kucing n Famaly
Sarawak River Cruise
Cak... Dengan kuching tembaga....
Di sebalik tabir jer..... Hehehe.....

Habis dah jalan2 dekat Waterfront.... Kurus  sudah sebab dah 10 000 langkah berjalan hari tu.... Sekarang jangankan jalan kaki, orang ajak jogging pun rasa malas.... Sejak JMQ mai Sarawak memang payah nak tengok KAMI nie jalan kaki... huhu.... Terima Kasih JMQ sebab dah banyak berjasa pada KAMI..... hehehe..... Bye!!!

Assalamualaikum.... =)


Tuesday 27 November 2012

KAK FINA!

Nisa : Mana kak Fina?

KAMI : hah??

Nisa : Dah lama tak nampak dia..

KAMI : *still blurr

Nisa : Dia balik kampung ke?

KAMI : Ohhh.. Fani..........

Nisa + KAMI : Kak Fina? Hahahahhahahahhahahahah

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*










Hahahaha.. Best jugak nama baru ni kan?

Bye! Assalamualaikum..

Sunday 25 November 2012

DURIAN CREPE?

Hai, Assalamualaikum!

Hah, tengok dia punya tajuk, macam best jer kan. Tetiba bau duyan ehh.. Haha. Apa benda durian crepe tu? Napa kat Sarawak tak ada pon? Bukak jer facebook bukan main lagi upload durian crepe lah, durian goreng lah. Ahhh! Jom pekena duyan dari ladang dulu.haha. Dah musim durian kan. Teringin pulak nak pergi tunggu duyan luruh kat kebun (elak kena timpa jer.haha). Kalau lah kat kampung kann?

Tu dia.. Penuh satu bonet keta, tapi bukan KAMI yang punye!
Yang paling besar nie macam best jer! Tapi dah dibeli orang sudah.
4 biji nie jer jadi hak KAMI. Cukup ker? Huhu..
Wah, tak sabar-sabar dah nak makan nie!
Alamak...Dah masak sangat dah nie.
Makan sampai abis yer!
Yang nie best. Nak, nak!!
Tak dapat durian crepe, cekodok durian pon jadilah. haha..Sodap jugak apa!


Tu jer episod makan durian KAMI. Nanti beli lagi yer! Haha tak puas hati makan semalam.


Bye, Assalamualaikum!





GREEN HOUSE!

Hai, Assalamualaikum


Dalam hati ada taman,
Pergi kebun mencari durian,
Pusing-pusing nak cari makan,
Rumah Hijau pulak jadi pilihan.


Alahai, berpantun laa pulak kann.. Hahaha... Jalan-jalan cari makan lagi. Kali ni KAMI cari makan kat satu tempat yang agak femes jugak sekitar Kuching ni. Nama tempat tu Rumah Hijau Cafe. Kenapa mesti hijau yer? Tak pulak dinamakan rumah biru ker, rumah merah ker, tak pun rumah putih ker. Eh, mana boleh rumah putih, tertukar ngan Rumah Putih kat AS pulak kan. Haha. Rumah Hijau ni terletak di Jalan Rubber area Satok jugak. Jom kita tengok-tengokkan apa laa yang ada kat Rumah Hijau ni.
Rumah Hijau Cafe
Tu dia.. Business hours. Jangan datang hari Jumaat plak yer!
Now, tak risau lagi, mulai 24 November, malam pun dah boleh makan kat sini dah.
Famous, masuk paper you!

Memang rumah laa...
Patot laa namanya Rumah Hijau, dikelilingi dengan suasana hijau. Tu pintu masuk ke ruang makan bahagian dalam.
Siling pun nak hijau?

Tengok menu dulu sekejap, mau makan ape yer?
Dah siap order dah!
Order makanan melalui SMS ker?
Ermmm..Sabar!
Bila order nak sampai nie?
Nasi Beriyani Ayam Madu
"... one thing in mind. Nasi Ayam Penyet"
Asam Laksa Penang also the best!
Menu 3 serangkai!
Cool jer kan!
Alhamdulillah, tak membazir.

Itu lah antara menu yang ada kat rumah hijau ni. Pada asalnya ia adalah rumah teres corner lot, kemudian diubahsuai menjadi cafe dalam taman. Sajian menu kat sini terdiri daripada pelbagai masakan Melayu-India. So, bagi yang meminati masakan Melayu-India, boleh laa try masakan kat sini. Gerenti best punyer!


Bye.. Assalamualaikum!