Saturday 10 November 2012

SALAM PERKENALAN

Hai salam perkenalan! Blog K.A.M.I a.k.a blogkitempat nih cuma nak show off tempat-tempat yang menarik, tempat makan yang best dan aktiviti yang boleh dilakukan di KUCHING. :)

Sebagai mukaddimah kami terdiri daripada empat sahabat. Pija, Jaa, Fani dan Radia. Ada yang memang orang Sarawak, ada dari Kelantan, ada dari Johor. Tapi sekarang semuanya menetap di Kuching. Cari sesuap nasi beb. hehe..

Mengimbau kembali pertemuan kami, ada yang dah setahun lebih kat sini, ada yang baru nak masuk setahun, ada yang baru 4, 5 bulan dan ada pulak yang sejak lahir dah kat sini. Sape la agaknye tu kan. :) Kalau nak mengimbau kali pertama jejak kaki kat bumi Sarawak nih, sume meleleh air mata. xpayah cerita lah. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menjadi saksi.haha. Kena la tanya sorang-sorang pengalaman masing-masing. Kalau ada kesempatan, akan diupdate dalam satu entri. :)


Yeah! Borneo to the World

Sepanjang kami di sini, banyak juga tempat yang dah kami pegi. Kalau boleh semua tempat nak jejak n jelajah. Pantang ada masa terluang, ada je program yang tidak terancang. (Sebab program yang dirancang selalunya tak menjadi) haha. Nanti kita cite panjang-panjang dalam entri akan datang yerh! :)

Bye!! Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment