Wednesday 14 November 2012

WATERFRONT, SABERKAS, BOMBAY MASALA


Hai, Assalamualaikum!

Di hujung minggu, KAMI biasanya juz santai-santai di Kuching Waterfront atau juga dikenali sebagai The People Place. Bukan sekadar satu tempat menarik jer, tapi ada sejarahnya yang tersendiri. Sempat jugaklah KAMI berposing sakan (tak boleh jadi model la KAMI ni, kaku jer)

 

Bangunan The Square Tower (Detention Camp) sebagai kem tahanan banduan,
kemudian ditukar menjadi kubu pertahanan dan pernah digunakan sebagai dewan tarian.

Pintu masuk Bangunan The Square Tower (Detention Camp).
Nak buka, tapi tak ada kunci laa pulak

Bangunan Dewan Undangan Negeri

Bangunan Astana yang asalnya adalah tiga bangunan berasingan yang dicantumkan menjadi satu. Charles Brooke bina istana ini sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, yang bergelar ‘The Ranee Margaret’.
Wah, pandai jugak KAMI cakap-cakap pasal sejarah negeri orang kannn..

Nasib baik replika jer si bujang senang nie

Apa yang penting, di sini adalah wilayah Celcom!

Ingatkan boleh berenang kat sini, nasib baik x masuk kolam nie kan..

Monumen Charles Brooke. Ada panel 4 angka pada monumen ini yang mewakili
masyarakat Sarawak : Cina, Dayak, Kayan dan Melayu.

Berkawad di depan bangunan mahkamah lama. Ekekeke!

Diapit oleh Double Blue!!!

Ok, sambung balik story KAMI yang entah bila nak habis pun tak tau laa. Ekekek :D Selepas  berposing sakan di Waterfront, rasa nak beradu suara pulak. Disebabkan nak sangat berkaraoke, mula-mula KAMI ke The Spring, erghh mahal giler karoke kat situ. Solat maghrib jap pastu KAMI berkejar ke Saberkas yang dah nak tutup (alamak sempat ke tak nih? drift la JMQ kita) Ape taknya, kedai tutup pukul 9.00pm, tapi jam 8.30 baru KAMI sampai kat sana (tak remaja la Saberkas ni). Tokey tu kata sempat 3 lagu je. Tapi tak pe, tu pun dah kira cukup lah. Ekekeke. Walau apapun, sempat jugak bergambar tu:

Camner nak start nie

Nie tokei yang pilih tajuk lagu.. Lagu ape yer?
First song, relax jer!

Haaahh, tu dia, dah tunjuk skill dah. Bersemangat betul!



Selesai satu lagu, Peace!

Yeaaah, selesai sudah berkaraoke! Ape yang penting, malam tersebut enjoy sangat-sangat. Ape orang kata, release tension. Eh, tension ker? Haha. Dah habis sesi feeling-feeling artis (karoke letew), terasa lapaq laa pulak. Pe lagi, isi perut lerrr. Dah tengah malam dah, eh baru kul 9 lebih lah. Alahai, pekena Roti je laa kat Bombay Masala, Batu 7 (Mamak). Ada orang tu teringin nak makan Roti Naan + Ayam Tandoori. Tapi dah habis kot. Bedal jela apa yang ada.

Roti Sardin!

Roti Sardin tanak bawang 1!

Tengok je erkk. Tak sabar-sabar nak makan.

Sopan gitu!

Macam best jer nampak!

Jeliro!! Hahahaha...

Bila order nak sampai nie!!

Pija dengan roti Tisu nye.

Esaited nak makan. Hahahaha.


Ape yang liat sangat tu? huhu..

Huhhh... selesai sudah aktiviti yang agak padat dalam tempoh seharian tersebut. Pulang dengan hati yang riang, perut pun dah kenyang. Buat macam esok hari tak kerja pulak. huhu. Nantikan coretan aktiviti-aktiviti lain yang akan menyusul sikit masa lagi. 

Ok, bye!! Assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment