Wednesday 27 February 2013

ALBUM SIBU 3

Hai Assalamualaikum!

Wheee.. Sambung lagi episod ke tiga, album di SIBU. Harap-harap tak jemu ye! Macam-macam benda menarik yang KAMI nak kongsikan kat kaorang. Ni pun kiranya agak lewat jugak nak postkan ambum ketiga nie. Apa taknya, masing-masing sibuk dengan tugas dan aktiviti tersendiri. Ade orang tu plak, dalam sebulan, sampai 2,3 kali balik semenanjung. Mungkin bagi dia balik semenanjung ni, macam perjalanan dari KL balik Johor agaknya kot. Dalam tahun nie, kalau dihitung-hitung, dah sampai kot 10 kali fly. hujung minggu nie fly ke Kota Kinabalu plak. Jalan-jalan lagi. Aiyya, kena kije ngan Air Asia laa kalau camni. Ahaha.. Jom tengok saki baki pengembaraan kami ke Sibu tempoh hari.
Hari kedua, KAMI jalan-jalan area pusat bandar Sibu je. First tempat yang dituju ialah Wisma Sanyan, iaitu bangunan paling tinggi di Sarawak.

Siap siaga sebelum memulakan perjalanan di pagi hari. Tengok peta dulu, nak ikut jalan mane..
Antara Replika Swan yang ada di Sibu

Suasana persekitaran Seven Storey Pagoda pada siang hari. Agak lengang la pulak.
Wahhh...Tinggi kan! Wisma Sanyan ni adalah bangunan tertinggi di Sarawak tau!
Sempat lagi posing dalam Wisma Sanyan ni. Tapi KAMI tak masuk pun. Hehe..

Ok, meneruskan lagi perjalanan KAMI, dah pukul 12 tengahari sudah. Perut pun dah mintak di isi dah ni..ape lagi, jalan-jalan cari makan la. Kali ni KAMI makan di "Nyonya Islamic Cafe". Jalan kaki je dari Wisma Sanyan. Agak mahal jugak.. Tapi alang-alang dah masuk, teruskan je la.


Menikmati landskap ciptaan, sementara tunggu order.
Unik.. dianyamnya daun ketupat tu jadi burung hiasan kat dinding.
Ni la menu nye.. Agak Exclusive jugak la kan..
Nasi Nyonya Cendawan Ayam
Nasi Nyonya Ayam Goreng with Butter
Crispy Mee Kong Foo

Mee Goreng Mamak. Aik, mana Kueh Teow Goreng?
Yea! Hidangan sekali dengan Teh Ais sorang satu.Glurp, glurp... dahaganya!!
Zhaty : Arhhh...Ini saye punye!
Fani : Alaa... Nak rasa laa sikit! Emm...

Order kami dah complete, moh kite makan!

Selesai makan, KAMI meneruskan lagi aktiviti kami di sini.. Shoping lagi untuk yang ke sekian kalinya. Ada yang nak tukar, ada yang nak beli souveniers tambahan lagi, ada jugak yang tak tahu nak beli ape jugak. Hehehe..Masih kat Sibu Heritage Centre.


Cari dik, jangan tak cari. Apa yang KAMI nak, mesti ada! Boleh ek gitu?
Teruja dengan pelbagai souveniersyang dijual. Yang tunjuk dompet, dah kehabisan ongkos dah agaknya.


Ahaa... pusing-pusing bandar lagi, nak ke Sibu Lake Garden. Pe cer tengah-tengah panas nak pegi Lake Garden.. Memang cari pasal la kan.. Ahaha..Tu dia, sampai jer dah terasa bahang mentarinya. memang panas giler la cuaca masa KAMI sampai kat sini. Jom kite jenguk-jengukan apa yang ada kat sana.


Bangunan Operasi, ada pejabat, tempat makan, kedai-kedai dan tandas.
Sampai je, masing-masing sibuk mencari tempat berteduh. Panas sangat!
Lokasi yang dituju. Menarik kan!
Teruskan perjalanan..Yeah!
Berehat lagi.. Confirm dahaga air la kalau panas terik camni.
Teruja tengok batu bertingkat.. Panjat-panjat sikit!
Tak puas hati, pandangan dari bawah plak!
Berenti rehat di bawah pokoh, menikmati sisa terakhir sebiji limau. Raya Cina kan!
Dah.. Jom g tempat lain pulak.


Lokasi persinggahan KAMI yang seterusnya ialah Sibu Central Market. Pasar harian di Sibu. Radia dah penah sampai sini. Jom kita tengok-tengokkan apa yang boleh dibeli kat sini. Shoping lagi ker? Cek duit dalam dompet dulu.. Ahaha...


Ni lah suasana pasarnya..
Macam-macam ada..yang kenal, satu jer..cincalok..dalam botol lain tu apa ntah!
Alahai..Kesian plak kat ayam-ayam ni. dijual hidup-hidup.
Ayam-ayam ni digunakan untuk upacara perayaan tertentu di Sarawak.
Ayam ni lebih besar sikit. Tapi still kiut kan..Gagah jer nampak!

Ikan, Udang dan sotong kering
Macam-macam hasil hutan ada. Buah-buahan dan sayur-sayuran.yang tak penah KAMI jumpa pun ada kat sini. Ntah boleh makan ke tidak. Hehehe.
Persekitaran Pasar.
Lagi sekitar luar pasar tengok kat buluh-buluh tu, teringat masa bakar-bakar lemang kat kampung.
Ahaaa...Ni ulat sagu. Sapa mau cuba?
Buah apa ntah.. Nak kata buah pulasan, diaorang kata bukan. So, tak tau nama.. Hahahah..
Masing-masing dah shoping lagi...Jom kita balik.
Peace!! Jarak tidak memisahkan KAMI, masih sempat bergambar bersama.
KAMI dengan dolphin-dolphin Sibu. Bawak balik satu, nak letak kat Kuching!


Lokasi terakhir KAMI ialah di Muzium Sibu, yang terletak di tingkat 1, bangunan Sibu Heritage Centre.


Perkarangan Muzium

Bila tengok gambar ni, walaupun kelakar, tapi sedikit sebanyak telah menyedarkan KAMI, betapa susahnya kehidupan orang terdahulu.

Pesta Khaul

Rumah Panjai!

Ni pun Rumah Panjai juak.

Singahsana pengantin. Pasang angan-angan sikit.. Hahahaha..

Disini KAMI menjelma menjadi lima. Aembar ker?

Pakaian harian orang Sarawak zaman dahulukala

Mesin meleburkan getah untuk dijadikan sebagai getah keping.

Tokoh-tokoh orang Ulu. Yang bertudung tu, tak tersenarai dalam list tersebut yer.. Hehehe..

Berehat sekejap bertabirkan pakaian lengkap orang Melanau.
Peralatan harian yang digunakan oleh orang dulu-dulu tuu..
KAMI orang kampung

Tu dia antara bahan bersejarah yang ada di Muzium ni.  Dah terang-terang tak boleh ambik gambar. No Camera Allowed!! Sorry ye En.Penyelia, KAMI tak guna camera pun, KAMI just guna phone jer. Ekekeke...


Dah naik flight nak balik Kuching. Jumpa lagi Sibu.
Sekarang KAMI dah sampai airport Kuching dah..


Sampai disini saja episod KAMI di Sibu. Sepanjang berada di Sibu, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancarnya. Ada kemungkinan akan sampai ke Sibu lagi? InsyaAllah. Apapun, Kinabalu, KAMI datang !!!


Ok bye, Assalamualaikum.