Tuesday 29 January 2013

DIARI DI MIRI PART III

Hai Assalamualaikum!

Hee.. Sambung lagi. Jangan jemu eh. Banyak sangat yang nak diceritakan dan nak dikongsikan ni. Macam-macam pengalaman yang KAMI alami sepanjang berada di bumi Miri. Ada yang dapat diceritakan melalui gambar, dan ada cerita yang tidak dapat digambarkan sebab tak ada gambar. Haha. 

Di Gua Niah, KAMI mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih untuk habiskan jejak bertapak hingga tak sampai ke hujungnya. Masuk pukul 9.15, then pukul 1.30 KAMI keluar. Yela, duk berehat lepaskan lelah sambil menikmati alam je dah 15 minit. Belum masuk posing sakan lagi. Haha. Dah balik tu ingatkan nak mandi, solat siap-siap kat situ jugak, tapi ada staff muzium tadi offer KAMI follow dia kalau nak balik bandar Miri ikut jalan Pantai. Nak juga tengok pemandangan lain kan. Asik lalu jalan dalam jer. Pergi Lambir pun lalu jalan yang sama (dah naik hafal dah jalan kat Miri tu, padahal baru 2 hari kat sana. Haha).

Tiba-tiba enjin kereta ni berbunyi pelik, menakutkan dan ada bau lain macam. Masing-masing dah cuak, baru tadi dok riuh gelak. Nak balik bandar jauh lagi nih. Mungkin masalah pada air-cond, jadi KAMI pun pakai air-cond luar jer tambahan hari memang panas sangat. Terpaksalah driver setia KAMI memandu dengan berhati-hati di samping ingat orang yang tersayang. Hai du-ga-an. Setelah berpisah dan tidak sehaluan lagi dengan encik staff muzium tadi, KAMI terus follow GPS punya instruction.

Aik, awat masuk jalan kampung balik nih. Tadi dah rasa angin sepoi-sepoi bahasa pantai dah. Halamak GPS nih. Main ikut suka dia jer nak bawak KAMI ikut lalu mana. Tak puas hati betullah. KAMI dah memasuki area Bekenu masa tu. Jadi, KAMI cadang untuk bertanya je dengan orang kampung tersebut. Mereka kata, kalau ikut jalan dalam kampung ni jauh dik, ikut jalan baru lagi cepat. Maka KAMI pun main tahan je orang yang naik motor dan bertanya, pakcik tu dengan ramahnya menjawab, saya pun nak pergi Jalan Pantai ni. Ikut pakcik ajelah (dengan loghat Sarawaknya).  Maka KAMI pun apa lagi, follow lah pakcik tersebut.

Alhamdulillah. Jumpa pun jalan pantai yang KAMI beria sibuk sangat nak lalu tadi. Waaaaaaaaaaa cantiknya pemandangan. Dengan langit yang membiru. Dahan pokok yang melambai. Subhanallah. Segala puji-pujian hanya bagi Allah. Tuhan Semesta Alam. Yang menciptakan langit dan bumi, bulan dan matahari. Dunia dan segala isinya. Memang tenang sangat rasa, walaupun dari dalam kereta. Jom kita singgah jom!

Eh! Luak Bay Espalande?? Yeay! Dah sampai bandar Miri dah (kat mana centre of the city nya pun KAMI tak tahulah.haha). Jom-jom singgah mandi kat tandas awam. Badan pun dah lesu sangat ni. Betul-betul bermusafir jalanan KAMI hari tersebut, sama seperti dalam tentatif program yang dirancangkan. Allah.

Tiba-tiba terkenangkan baju mandian semalam. KAMI pun apa lagi, membuat jemuran bersidai pakaian kat tepi pantai. Gila. Masing-masing dok pakat keringkan baju kat pintu-pintu kereta. Haha. Mesti tak dapat bayangkan kan? Dah lah tengah ramai orang, barangkali mereka ada program gotong-royong membersihkan kawasan sekitar pantai. Pedulikan. Mesti mereka ingat kita mandi kat pantai. Haha.

Menyambung semula perjalanan untuk aktiviti yang seterusnya, KAMI singgah di masjid yang terletak berdekatan dengan pantai Esplanade tadi. Bersolat jamak dan berehat sekejap. Dugaan lagi. Tiba-tiba kereta tak nak hidup. Allah. Apa nak buat ni? KAMI tau bawak jer. Nasib baik ada 2 orang pemuda memandu kereta Myvi singgah di masjid tersebut. Ohh. Bateri weak. Sebab pasang GPS ker? Mereka pun caskan bateri kereta KAMI dengan membuat jumping. Ok. Hentam je.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Kereta dah boleh start. Allah memberikan bantuan dengan kehadiran pemuda tersebut. Terima kasih yer encik-encik sudi bantu KAMI. Tak boleh jalan jauh ni. KAMI pun ambil keputusan pulangkan kereta tersebut. Bagitau owner, bateri kereta weak. Sempat pulak dia suruh isi minyak kereta bagi full dulu. Jangan matikan enjin, jangan matikan enjin. Tu jer yang KAMI ingatkan kepada driver setia kalau berhenti isi minyak nanti. Risau kot-kot mati lagi. Siapa pula nak tolong kali ni.

Mula-mula KAMI isi RM30 jer, ingatkan meter tunjuk full lah (ko dah pergi Lambir, dah pergi Gua Niah, takkan la minyak cuma RM30 jer.haha). Tapi, tak penuh pulak. Terpaksa tawaf pam minyak tu isi sekali lagi. Jangan matikan enjin. Jangan matikan enjin. Ok bos. Full k. Teggg. Dah full kot. Tapi tak full jugak. Dah la tu. Kita pulangkan jela dekat owner dia. Kalau dia suruh bayar, kita bayar jela. Redha. KAMI pun terus menuju ke Airport tempat perjanjian. Masa tu Allah je yang tau perasaan KAMI, berdebar, risau, takot, kecut perut, lemah kepala lutut. Fuhhh!!

Tapi Alhamdulillah tiba dengan selamatnya kat Airport Miri tu. Kita keluarkan barang dulu lah. Jangan matikan enjin. Jangan matikan enjin. Tapi mati juga akhirnya dan tak hidup-hidup lagi. Tamatlah riwayat si kenari bersama KAMI. Haha. Tak lama lepas tu owner nya pun sampai. KAMI pun explain la bla-bla-bla-bla. Dia cuma kata ok tak pe. KAMI pun apa lagi, blah la dan minta tolong kawan Pija sekali lagi (takkan nak duk kat Airport sampai malam. Banyak masa lagi nih. Hehe). Cuak ler, dah rosakkan kereta orang. Haha. Tapi, salah KAMI ker? Cuba bayangkan kereta tu mati kat Gua Niah tadi ker, ataupun mati kat tengah jalan ker, tak ke naya? Alhamdulillah kereta tu mati kat rumah Allah dan kat Airport.

Baru teringat yang KAMI sebenarnya tak makan lagi dari semalam. Last makan kat Restoran Muara tu lah. Allah. Bukan tak ingat nak makan, tapi takde jumpa kedai makan la sepanjang perjalanan. Takkan la perut tak rasa lapar cuma beralaskan coklat dan sedikit roti yang dibahagi-bahagi pada pagi tadi. Untung KAMI ada beli sedikit biskut Tiger penambah tenaga kat muzium tadi. 

KAMI minta bantuan Su bawa KAMI pergi tempat makan dan pusing-pusing Miri untuk detik-detik terakhir KAMI di sini. Nak tengok sunset boleh tak? Please. Akhirnya Su membawa KAMI ke Pantai Tanjung Lobang yang ada tempat makan-makan seafood. Atau lebih dikenali dengan nama Medan Selera kalau tak salah. Yeay! 2  dalam 1. Dapat makan dan dapat tengok sunset. 

Subhanallah. Memang cantik sangat. Kebetulan KAMI sampai tu matahari betul-betul baru nak menggelincirkan diri dan ditenggelami bumi. Tapi detik tu sekejap sangat. Cuma beberapa keping gambar je dapat KAMI rakamkan. 

Dah dah jom makan! Lapar sangat-sangat memang tak hengat! KAMI order kerang masak kicap hot chili pepper katanya, dan midin belacan, dan udang butter. Zupzapzupzap. Nasi tambah 1! Haha. Memang betul-betul lapar la KAMI ni.

Seterusya KAMI request kat Su untuk bawa KAMI beli belah souvenier. Memang tak de beli apa pun lagi  nih. Maka Su pun bawak la KAMI ke Mega Mall, alamak. Betul ke ek nama tempatnya? Dah tak ingat la kawan-kawan. Setelah ke situ, Su bawa KAMI ke sebuah mall lagi. Tapi yang ni memang betul-betul tak ingat namanya. Kat Miri ni banyak sangat supermall.

Tiba-tiba, Pija. Alamak. Mana beg duit kite? Ada nampak tak? Ce carik dalam beg kamera tu? Tak ada, kite dah carik dah. Dugaan lagi. Allah. Dah dekat pukul 8 dah ni. Flight balik Kuching kul 950. Saat tu, ALLAH jua lah yang Maha Mengetahui. Kelam kabut KAMI patah balik ke Mega Mall tadi, tanya-tanya kat penjual souvenier, cari bawah seat kereta, cari dalam boot kereta. Tapi tak jumpa juga. KAMI akur. Bukan jodoh Pija dengan dompetnya. Tak ada rezeki. Time ni lah baru terasa betul-betul terkilan tak beli souvenier yang KAMI jumpa kat tengah hutan belantara Gua Niah tadi.

Akhirnya KAMI bergegas ke balai polis buat repot. Kalau takde IC camna nak naik kapal terbang nanti. Takkan nak tinggalkan Pija kat Miri ni. Sampai hati. Huhu. Jam dekat balai tu dah dekat pukul 9. Mendrift la Su ke lapangan terbang. Hebat jugak wanita nih. Dalam kelam kabut dan cuaca pun hujan lebat, berserah je KAMI kepada ALLAH.  Sampai juga KAMI kat Airport Miri. Tiba-tiba jumpa lagi orang yang tolong KAMI hidupkan enjin kereta kat masjid tadi dan juga group yang KAMI sama-sama tiba kat Gua Niah pagi tadi. Eh, kecik je Miri ni. Haha. Dengan bantuan kamu Su, KAMI takkan lupa sepanjang hayat. Dan sebab itulah cerita ni diabadi di blog KAMI supaya tak ada yang melupakan atau terlupa. Hehe.

Alhamdulillah. KAMI telah selamat tiba ke Kuching. KAMI semua. Takde yang kena tinggal eh. Cukup 4 orang. Haha. Yang problem nya orang lain pulak, Radia dan Fani. Imigresen tu sibuk nak cop DPT. Padahal penerbangan domestik je, tak perlu cop-cop passport bagai. Dah macam melancong kat luar negara pulak KAMI ni. Yang si Pija nya lepas pulak. Tak de banyak tanya. Sampai Airport Kuching KAMI terus solat jamak, tadi kelam kabut tak sempat nak maghrib. KAMI kan masih lagi status musafir. Gitu. Status.

Ketawa bersama. Menangis bersama. Ku bersumpah kenangan pergi Miri tak kan dilupa. Macam-macam. Tapi betul-betul satu pengalaman yang mencabar lah. Pelbagai bentuk dugaan, cabaran, rintangan yang ALLAH bagi. Tapi ALLAH bantu, ALLAH bagi jalan, ALLAH permudahkan. Alhamdulillah. KAMI dah selamat pergi dan selamat kembali. Dah 2 minggu pun berlalu. Tapi kenangan tu rasa macam baru semalam je KAMI lewati. Hehe.

Tak de nya KAMI serik nak ke Miri lagi. Semangat berkobar-kobar untuk pergi lagi ada lah. Betul-betul dah jatuh cinta dengan Miri. Huhu. Nak jelajah sampai puas. Nak pergi tempat yang KAMI dah rancang tapi tak sempat pergi. Nak pergi Gua Mulu pulak ke, gi Brunei ke, nak gi Canada Hill siang-siang, tak mo gi malam-malam. Haha.

Semoga pengalaman di Miri akan KAMI ambil iktibar dan dijadikan pedoman untuk merancang percutian di masa hadapan. Sehebat-hebat perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah kan?

Mana gambar? Haha. Jap jap.















 Cantik-cantik kan?

Yup! We do love Miri! Tempat-tempatnya, orang-orangnya, bandar-bandarnya dan sebagainya. Haha.

Bye!! Assalamualaikum..



6 comments:

  1. Puas hati la tu bercuti sakan blako. Ado hok sakit pun jadi dop sakit doh. Hahaha...

    ReplyDelete
  2. Soal sakit jadi no.2,janji kaki still bleh jalan.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  3. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

    ReplyDelete
  4. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085321606847 TRIMAH KASIH

    ReplyDelete
  5. Anda dan keluarga bercuti di Miri ? Kami dar HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Miri dengan harga yang berpatutan . Sewa untuk kegunaan di Miri-Brunei boleh di atur
    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapat harga yang terbaik di pasaran!
    www.hrbcarrental.com

    ReplyDelete
  6. Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
    Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh diatur

    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di pasaran !
    www.keretasewamiri.blogspot.com

    ReplyDelete