Wednesday 14 November 2012

PASAR SERIKIN

Hai, Assalamualaikum!


Korang penah dengar Serikin? Bukan Sarikei yer. Tu jauh sangat dah tu. Pasar Serikin ni dibuka pada hujung minggu sahaja, iaitu Sabtu dan Ahad dari pukul 7 pagi (tapi ada jugak yang dah buka lagi awal!) hingga jam 2 petang pada hari Ahad. Walaupun ia terletak agak jauh dari bandar dan masih banyak pokok-pokok yang tak ditebang, tetapi suasana di kawasan ini agak panas. Memang panas. Selalunya subuh-subuh sapie KAMI dah gerak supaya boleh shopping dengan selesa. Digalakkan memakai payung dan sunblock supaya cuaca panas tak membahang sangat bila jarum jam mencecah 9 pagi dan ke atas.


Pandangan persekitaran Pasar Serikin. Betoi-betoi panas kann!






















Pasar Serikin terletak lebih kurang 80 km dari bandar Kuching.  Jauh jugak la kan, perjalanan menaiki kereta mengambil masa lebih kurang sejam setengah, sebab perlu melalui jalan-jalan kampung dan kawasan pedalaman. Serikin ni sebenarnya terletak di sempadan Malaysia dan Kalimantan. Kebanyakan barang yang dijual di situ, adalah Made in Indonesia. Harganya pula memang murah giler-giler dan bagi yang suka barang-barang berunsurkan tenunan, kulit binatang dan kayu kayan boleh lah shopping kat sini.


Dipayungi oleh topi-topi yang bermacam jenis.

Biasanya KAMI ke Serikin bila nak balik semenanjung ataupun ada kaum kerabat datang melancong ke Kuching. Shopping tikar, kain pasang bersulam, barangan kristal, telekung, udang dan sotong kering serta macam-macam lagi lah. Kalau bernasib baik boleh jumpa udang basah, eh udang galah you! Murah pulak tu KAMI pernah terjumpa sekilo RM25! 

Benda pelik-pelik pun ada..

Kain pasang memang banyak sangat pilihan..

Kraf tangan..
Barangan kayu-kayan..
Kalau minat jam-jam lama pun ada jual gak..

Tikar magnetic ni la yang orang selalu borong.huhu

Ok tak cap nie??
Bersama nenek Pija

Mana satu nak pilih nie. Pilih yang ala-ala otomen laa, cun jugak kot!


Ratu Spek, x cukup nak pakai kat mata, pakai kat topi pown jadilaa...


Test topi lain laa pulak, amacam yang nie ok tak?
Kesian nenek penat berjalan sampai ke hujung pasar. Jom kita balik nek.


Orite, itu saje.! Banyak lagi yang best kat sini sebenarnya, tapi disebabkan cuaca yang agak panas, tak sempat la KAMI nak bergambar sakan kannn. So, kalau dah sampai di Kuching luang-luangkan lah masa seharian untuk ke Pasar Serikin. Rugi tau kalau tak pergi. Hehehehe.


Okey, Bye! Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment