Thursday 15 November 2012

RJ AYAM BAKAR

Hai Assalamualaikum!

Entri kalini nak cerita tentang tempat makan yang KAMI tak jemu-jemu pergi iaitu RJ Ayam Bakar Kopitiam. Dah tak terkira dah bape kali. Antara sebabnya firstly mungkin lokasinya yang tak berapa jauh dari kediaman KAMI (2 minit dah sampai) dan secondly mungkin sedap lah! 

Restoran ni memang kegemaran ramai kot sebab kadang-kadang fullhouse! Suasana dia ala-ala 60an gitu. Lampu pun malap-malap jer. (ke sebab kitorang pegi dah lewat malam?errr...) Tapi bab parking kereta agak payah. (penah kena saman sebab depan restoran ni line kuning maa. Entah bile masa polis trafik tu buat keje tak perasan lak syok sangat makan)

Siap ada iklan jawatan kosong =,=
Cuit sikit
Dah terlentok-lentok dah tunggu makanan
Yeahh! Terbaik
K.A.M.I
Bawak nenek minum-minum kopi
Posing lagi lah
Adeh lambat lak.

Haa ni dia makanan KAMI dah sampai. Selalunya fevret order KAMI adalah Sup Raja dan jugak Nasi Ayam Bakar. Fuhh! Nang nyaman. Lepas ni nak try menu lain lah, sotong bakar ke side dish lain pun ada jugak.

Milo Raja & Laici Susu
Nasi Ayam Penyet
Nasi Ayam Bakar. (fevret nih!)
Sup Raja
Pecel Lele. Memang meleleh..
Best!

Selalunya KAMI akan suggest tempat makan ni kepada kawan-kawan dan saudara mara yang datang melawat ke Kuching. Jangan datang lewat sangat k, nanti sup dia dapat hok masin.hehe

Ok, sekian saja. Bye!! Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment