Saturday 17 November 2012

KAYAKING

Hai Assalamualaikum!!

Salam sejahtera semoga semua sihat hendaknya. Haha nak cerita pasal aktiviti KAMI yang sihat sebenarnya. Kalini berkayak lagi! Ada tempat lain tak selain Sinar Serapi ni untuk berkayak? Serius tak tahu nak cari kat mana di Kuching ni. Tapi kira ok lah kat sini, sejam cuma RM20 satu kayak. Seorang bayar RM10 jela kan?

Peringatan : sila bawa pakaian spare yer. Haritu lupa bawak seluar, nasib la driver kita tak kena tinggal. Dah main tu memang tak ingat dunia. Ada air pancut semua diredahnya.

Nak main game baru beli kupon. Sebelum ni, RM10 per person per entry.

Pakai safety jacket dulu
Peace. Orang belakang tak sedia lagi lah.
Ok lets go bebeh!
Peace lagi!
"Hati-hati dek nanti jatuh masuk kolam abang selamatkan."
Hiyarrhhhhhhh!!
Hingga ke hujung dunia. Tak lepas-lepas lak nak ke Laut China Selatan.
Kenapa mesti peace yerh?
Tengok tu.Peace lagi.haha
K.A.M.I
Jum lumba sapa sampai dulu?

Yihaa! Kitorang sampai dulu..
Haruslah peace! Agak-agak boleh masuk pertandingan tak?
"Korang sedap-sedap main kayak tak ingat aku kan?"haha
Apa pesen la dorang ni.haha jom balik jom!

Apa orang kata, kadang-kadang bila tempat tu tak menarik, tapi bila orang-orang yang pegi tu adalah menarik, pun boleh jadi menarik gak kan? Perasan. Nak kata dia best lah tu. haha. Tempat ni belum siap lagi sebenarnya. Bila dah siap sepenuhnya mesti lagi best kot. (p/s untuk management : kenapa surau lutsinar ek? ala dinding kaca yang leh tembus pandang nampak dalam tu).

Sekian saja aktiviti kami kalini, penat memang penat. Boleh naik otot-otot lengan. haha. Tapi terbaik! Nanti kita try outdoor dia yang lain pulak k.


Bye!! Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment