Sunday 25 November 2012

GREEN HOUSE!

Hai, Assalamualaikum


Dalam hati ada taman,
Pergi kebun mencari durian,
Pusing-pusing nak cari makan,
Rumah Hijau pulak jadi pilihan.


Alahai, berpantun laa pulak kann.. Hahaha... Jalan-jalan cari makan lagi. Kali ni KAMI cari makan kat satu tempat yang agak femes jugak sekitar Kuching ni. Nama tempat tu Rumah Hijau Cafe. Kenapa mesti hijau yer? Tak pulak dinamakan rumah biru ker, rumah merah ker, tak pun rumah putih ker. Eh, mana boleh rumah putih, tertukar ngan Rumah Putih kat AS pulak kan. Haha. Rumah Hijau ni terletak di Jalan Rubber area Satok jugak. Jom kita tengok-tengokkan apa laa yang ada kat Rumah Hijau ni.
Rumah Hijau Cafe
Tu dia.. Business hours. Jangan datang hari Jumaat plak yer!
Now, tak risau lagi, mulai 24 November, malam pun dah boleh makan kat sini dah.
Famous, masuk paper you!

Memang rumah laa...
Patot laa namanya Rumah Hijau, dikelilingi dengan suasana hijau. Tu pintu masuk ke ruang makan bahagian dalam.
Siling pun nak hijau?

Tengok menu dulu sekejap, mau makan ape yer?
Dah siap order dah!
Order makanan melalui SMS ker?
Ermmm..Sabar!
Bila order nak sampai nie?
Nasi Beriyani Ayam Madu
"... one thing in mind. Nasi Ayam Penyet"
Asam Laksa Penang also the best!
Menu 3 serangkai!
Cool jer kan!
Alhamdulillah, tak membazir.

Itu lah antara menu yang ada kat rumah hijau ni. Pada asalnya ia adalah rumah teres corner lot, kemudian diubahsuai menjadi cafe dalam taman. Sajian menu kat sini terdiri daripada pelbagai masakan Melayu-India. So, bagi yang meminati masakan Melayu-India, boleh laa try masakan kat sini. Gerenti best punyer!


Bye.. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment