Hai Assalamualaikum semua!
Wahh! Dah seminggu rupanya kita menjalani kehidupan di tahun baru ini. Tak sedar pun kan masa yang berlalu. Yang paling penting KAMI a.k.a. blogkitempat members ni dah cukup korum. Haha.
Bila kitempat dah berkumpul ada la tu planning dia. Theme : Black & White. (gambar dolu-dolu. belum ada gambar terbaru) |
Apa benda cabaran 2013 yang hebat KAMI pertajukkan tu?haha
Antara cabaran yang menanti KAMI di 2013 :
Januari – Trip ke Miri, Sarawak.
Februari – Trip ke Sibu, Sarawak.
Mac – Trip ke Kota Kinabalu, Sabah.
April – Trip ke ......??
Belum ada perancangan lagi. Haha. (Mesti esaited giler baca kan?)
Boleh ke kalau nak jejak bertapak ke seluruh Kepulauan Borneo ni?hehe |
Tudiaaa… Kira cabaran lah tu bila episod jalan-jalan cari makan KAMI luar dari bandaraya Kuching (siapa punya kerja la ni pegi booking tiket flight tiap-tiap bulan ada travelling. Lain kali Air Asia ada promotion diam-diam jer). Haha.
Dan....... Trip yang paling terdekat sekali adalah ke Miri! Tak berapa hari je lagi ni. Penat woo study pasal Miri ni. Walaupun KAMI ke sana hanya 2 hari 3 malam (Jumaat malam sampai, Ahad malam balik). Seboleh-bolehnya nak pergi semua tempat yang ada di Miri tu. Tapi, tapi, haih! (jangan mengeluh macam ni selalu yer) sempat ker nak habiskan pusing 1 Miri tu?
Google punya google, macam-macam jumpa fakta danauta info berkaitan dengan Miri ni. Firstly mestilah nak tahu apa yang best dekat Miri tu kan? Dan... Langkah pertama KAMI adalah mengontact blogger yang menetap di Miri iaitu En. Erman. Ehemmm ehemm.. Dia kata :
Macam best kan nengok Miri nih? |
Google punya google, macam-macam jumpa fakta dan
>> Miri ni popular dengan nasi lelapan ayam. Kebanyakan kedai makan di sini ada menu tu, tapi paling popular di Restoran Muara, tepi sungai area belakang Maybank dan Cimb. Biasanya waktu malam tempat tu crowded, tapi restoran tu ada satu cawangan lain, iaitu di depan Mega Hotel.
>> Kalau nak lihat pemandangan seluruh bandar Miri dan laut, boleh la ke Muzium Sains Petroleum Miri di atas bukit. Dalam muzium tu sekarang ni kalau tak silap tengah ada pameran Dinotrek oleh Petrosains, rasanya pameran tu sampai April nanti.
>> Taman Awam Miri, ada jambatan gantung. Ianya terletak on the way dari bandar ke Airport Miri. Kalau bawa anak-anak bolehlah mandi-manda di taman permainan di situ. (Anak-anak?)
>> Ada Pantai Tanjung Lobang dan Pantai Esplanade. Kalau nak jauh lagi ada Pantai Bungai di Bekenu, sejam memandu dari Miri.
>> Kalau nak mandi-manda air terjun, boleh ke Taman Negara Lambir. 30 minit memandu dari Miri.
>> Kalau nak menjelajah hutan boleh ke Taman Negara Gua Niah, sejam lebih memandu dari Miri.
>> Kalau ada passport, boleh memandu ke Brunei, dua jam ke Bandar Seri Begawan. Bagi orang Semenanjung tu jangan lupa bawa DPT-Dokumen Pejalanan Terhad. Nanti di imegresen perlu produce DPT dan Passport sekali. (Brunei? Mungkin next trip KAMI? jengjengjeng)
Terima kasih banyak-banyak En. Erman atas perkongsian info mengenai Miri. Ok. Sekarang KAMI dah nampak tentatif program KAMI selama 2 hari tersebut. Hari pertama nak ke Taman Negara Gua Niah. Hari kedua nak ke Taman Negara Lambir. Kiranya, 2 tempat ni adalah agenda utama program KAMI di Miri nanti. InsyaAllah..
Sumber foto-foto : Google lah kan. |
Antara tempat-tempat menarik di Miri yang dapat KAMI simpulkan :
Taman Negara Gua Niah.
Taman Negara Lambir.
Taman Negara Mulu.
Taman Awam Miri.
Tamu Muhibbah Miri.
Canada Hill yang terdapat Muzium Sains Petroleum dan The Grand Old Lady.
Pantai Esplanade.
Pantai Tanjung Lobang.
Pantai Bungai.
Miri Handicraft Center.
Miri Marina Park yang ada kudalot (kuda laut) tu.
Miri City Fan Park.
Reef National Park Miri Sibuti.
Bye!! Assalamualaikum..
salam,
ReplyDeletenk tya, mmg compulsary ek DPT-Dokumen Pejalanan Terhad utk masuk brunei?
saya dari semenanjung, plan nk g miri+masuk brunei skali january nnt.