Monday, 31 December 2012

SELAMAT TINGGAL 2012!

Hai Assalamualaikum semua!


Dah lama blogkitempat ni sunyi sepi tanpa sebarang aktiviti dan entri kan. Apa tidaknya, masing-masing sibuk berholiday. Ambil kesempatan menghabiskan sisa-sisa cuti tahun 2012.

Sebelum tirai 2012 ini tertutup sempat juga KAMI buat aktiviti yang tak pernah dibuat lagi sebelum ini iaitu pegi tengok bola dekat stadium! (Ada orang tu dah biasa tengok bola kat Stadium Sultan Mohammad IV). Selama duk kat Sarawak ni, tengok bola jerit-jerit kat depan tv RTM jer. haha

Salah satu program yang tidak dirancang. Balik kerja tiba-tiba ada orang ajak gi stadium. Katanya ada bola. Persahabatan 'Sarawak vs Harimau Muda A'. Nak kata dapat tiket free tak jugak.haha. Dah la tak pernah pegi Stadium Negeri Sarawak tu, main terjah je.

Beli tiket lu. Eh apasal Sarawak lawan KL lak nih? (Muka tak puas hati) Kata penjual tu, tiket spare. Yola tu. Mesti malas nak kuarkan yang baru. Nasib baik la RM5 jer.
Antara stadium yang mendapat kelulusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menganjurkan permainan pada waktu malam. Kebetulan pulak KAMI sampai tu game baru nak start. Padahal tak tahu pun mula pukul berapa. Betul-betul main terjah ja.

Yang pakai jersi merah tu player Sarawak. Yang baju kuning mestilah player Harimau Muda kita. Errk. (Tak tahu pun sapa yang Ong Kim Swee turunkan malam tu.)

Game baru start 4 minit, Sarawak dah berjaya menjaringkan 1 gol. Harimau Muda baru nak warming up lah.. Habis separuh masa pertama seri, 1-1. hehe..

Yang ni lalang. KAMI sokong kedua-dua team! haha.

KAMI duduk di kelompok penyokong kuat Kelab Sarawak. Macam-macam lagu sorak keluar.
Rupanya baju Naim ni baju kelab Sarawak. Ok..

Nampak tak si cilik tu? Bila duk dalam stadium ni tumpuan untuk tengok bola taklah 100% kepada perlawanan. Lebih kepada tengok penyokong-penyokong yang begitu padu bersorak untuk pasukan masing-masing. Hehe.

Yang tak bestnye tengok kat stadium ni takde playback! Haha. Sekian saja entri penutup 2012 kita. Oh Harimau Muda menang malam tu dengan keputusan 4-2. (Tak tengok sampai habis lah. 12 minit lagi nak habis KAMI dah beransur suda.)


Tahun 2013 menanti dan akan dipastikan dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah kepada KAMI.
Azam tahun baru, KAMI nak jual nasi kerabu! Yeay!!! (semangat betul). Insya Allah..



SELAMAT TAHUN BARU 2013!

~leaving 2012 with smile, celebrate 2013 with Azam & Doa~


Bye!! Assalamualaikum..

5 comments:

  1. Hahahahaha... Ada jugak entri terakhir 2012.. Happy New Year to all blogkitempat members..2012 telah menutup tirainya hari ni, 2013 yang mendatang diharap akan lebih bermakna, lebih kegembiraan, lebih ketenangan serta lebih barakah hendaknya. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. apa kelas tengok friendly game.

    ReplyDelete
  3. Kelas kau jah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat kelab penyokong Sarawak nie!

      Delete
  4. Kelab tu dah ada, antara join dengan tidak je. Ehe!

    ReplyDelete