Hai assalamualaikum..
Dah hampir sebulan berpuasa, dekat-dekat nak balik raya, baru teringin nak update blog. Kalau kaorang nak tahu, masih lagi cerita kat KK lagi ni. Nak habiskan episod di KK ni bukan main panjang ambik masa. Jenuh tunggu kan. Maklumlah.. nak update blog, kena ada
feel jugak tau. Hehehe. Alkisahnya sambungan aktiviti KAMI kat KK
2 Mac 2013 - Sabtu
Masih lagi di hari yang sama. Lepas Canopy Walk kat Hot Spring, singgah pulak di Desa Dairy Farm, dan seterusnya sambung lagi kat Kinabalu Park - World Heritage Site.
|
Tiket satu kemestian! |
|
Liwagu Trail? Ape tu? Kitaorg pun tak tau! Hehehe.. Track nak mandaki la tu. Tak masuk pun. |
|
Chewahhh.. Gaya macam nak mendaki tu ader. Tapi tak der wat persiapan pun. Sekadar Jalan-jalan je laa. |
|
Nak mendaki ke nak terbang nie? |
|
Menuju ke Pondok Timpohon. Ape ke bendanya Timpohon tu pun kitaorang tak tahu. |
|
Haa.. ni dia pandangan kat atas Pondok Timpohon tu. Rasa macam dapat capai jer awan yang tebal tu. |
|
Tengok-tengok persekitaran Pondok Timpohon dulu. |
|
Dah tak nampak dah pemandangan kat belakang tu. |
|
Santai-santai sekejap |
|
Sempat jugak rakam kenangan kami berempat! |
|
Santai. Macam la penat sangat! |
|
Lawat kawasan, skejap je laa. |
|
Nak gerak ke tempat lain plak. |
|
Terima Kasih sudi datang lagi! |
|
Info kawasan. Dapat baca tak? |
|
Selagi masih ada! |
|
Hala ke mana pun kitaorang tak tau! |
|
Rasa macam nak naik jer! Mesti best giler ni. Tapi apakan daya, masa cemburu sangat! |
|
Sambil-sambil jalan ke kereta, sempat lagi nak melompat tu! |
|
Good Bye Kinabalu Park! Nanti K.A.M.I datang lagi yer! |
|
Giler cantik! Sape Fotographer nye nie? |
|
Subhanallah! K.A.M.I tak lepas peluang bergambar berlatarbelakangkan pemandangan indah ini. |
Doakan semoga K.A.M.I diberi peluang lagi untuk sampai kat tempat ni. Memang teruja dan amat menarik untuk menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t. Kembali dengan perjalanan KAMI lagi. Hala tuju KAMI seterusnya nak balik KK. Suasana petang dah semakin ke penghujungnya. Dah makin gelap dah. Risau pulak kalau lewat-lewat. Kot-kot tak nampak jalan, dan ntah pukul berapa la nanti nak sampai KK. KAMI pun meneruskan lagi perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam. Sebelum sampai KK, sempat lagi singgah ke Kampung Telibung, Tamparuli. kat sini letaknya
Rumah Terbalik Borneo yang jaraknya dari bandar KK lebih kurang 30KM. Sapa tak teruja kan. bukan senang nak tengok hasil kreativiti sebegini. hanya satu di Asia Tenggara ni! Bagi tetamu yang bercadang nak masuk dalam rumah terbalik tu, dikenakan
charge daftar masuk RM10 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan RM18 untuk pelancong yang tiada MyKad / Warga Asing. Mahal tak? Berbaloi tak? Masuk je la kalau nak tengok persekitaran dalam rumah yang serba terbalik ni. Syarat nya tak boleh snap-snap gambar tau! Kami tak masuk pun, bukan ape, kot termuntah sebab pening tengok ruang tamu terbalik, katil terbalik, tandas terbalik, meja kerusi terbalik.. malah segalanya terbalik lah. Hehehe..Jom kita tinjau, apa aktiviti KAMI kat sana.
|
Haa.. Ni la tempat nye. Ada Mango Garden Restaurant, Souvenir Shop and Cafe. |
|
Mak aih.. Tulisan kat Plak Perasmian pun terbalik jugak eh? |
|
Esaited nak masuk, tak toleh belakang dah!
|
|
Apapun, daftar masuk satu kemestian! Kami tak masuk pun! Jalan-jalan sekeliling luar rumah je. |
|
Inilah Rumah yang terbalik tuu.. |
|
Keindahannya terjaga rapi oleh tukang kebunnya |
|
Renung sejenak... Macam mana lah timbulnya idea si Arkitek yang reka rumah ni agaknya err? |
|
Agak-agaknya apalah yang kami fikirkan |
|
Peace! KAMI nak bina rumah camni laa nanti. |
|
Itu angan-angan KAMI, tunggu nanti yer! |
|
Angan-angan Mat Jenin je la... Hahahaha.. |
|
Basikal pun terbalik kann? |
|
Jom kita tengok sebelah sana pulak. |
|
Nampak tak kereta tuuu.. Terbalik jugak kan! Nampak tak? Tuu haa!! |
|
Tengok tuu.. Ramai pulak yang nak masuk. |
|
Seperti biasa, souvenirsebagai tanda kenangan mesti dicari. |
|
Nak beli ape yer? |
|
Yang ni ke? Boleh la pilih! yang mana satu berkenan di hati. |
|
T-Shirt ke? Test dulu. |
|
Haa.. dah dapat beli dah! Hahaha. Orang lain yang kalut memilih, orang lain pulak yang beli. |
|
Pandangan dari luar pagar. Kereta dah terbalik, tapi kenapa pagar dari
luar x diterbalikkan jugak er?
Ada jugak yang nak persoalkan! Hehehe.. |
Ok. Sampai sini saja perjalanan kami dari Ranau ke Kota Kinabalu. Banyak
jugak tempat persingahannya. Nak tak nak, dah malam laa sampai kat
bandar KK tu. Apapun, masih tak terasa penatnya! Nak jugak sambung
berjalan lagi. Eh, eh.. nak jalan lagi? x lah.. Sebenarnya ada
Special and Surprise Event
yang harus dilaksanakan oleh KAMI pada malam tu. Kalau nak tahu, 2 Mac
ni lah hari ulangtahun kelahiran Radia yang ke-25. Walaupun
hampir-hampir nak masuk 25 tahun 1 hari, tapi sempat lagi potong kek
yer. Belum masuk hari lain lagi ni, nak kena wat sambutan jugak. Kat KK
lagi you! Special tak? So apa lagi, bab-bab surprise nie, harus
dilaksanakan jugak laa! Jom tengok apa lagi kegiatan kami pada masa tu.
Sebelum tu, singgah kat IPK dulu, ada temujanji nak ambik barang
daripada kawan Hajar. Hehehe..
|
Ambik nama je laa. Agak-agak kena saman tak? |
|
Haa.. Ni dia specialnya.. Sempat pulak order kek walaupun kesuntukan masa perjalanan dari Ranau tadi.
Haa..Apa rahsianya er? |
|
Hai 2 jer? 5 nye mana? Bukan ke 25? |
|
Nak suruh stop ke nak tunjuk jugak angka 5 tu? |
|
Nah ambik kek nie! Tima kasih yer! |
|
Hahaha... Sambut Birthday kat kedai camni, glamour tak?
|
|
Birthday Girl yang paling ceria. |
|
Tunjuk ape tu? Lilin x sempat nak nyala ker? |
|
Happy Birthday yer! Sekadar yang termampu untuk mengembirakan hati seorang sahabat |
|
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan sebagainya... hehehe.. |
|
Tak puas hati, letak balik lilinnya. Hahaha..
|
|
Menu yang di order khas. |
|
Antara yang turut meraikan hari terindah ini. |
|
Kesian kat "birthday girl" kena bawa teman g cari tandas dulu semata-mata nak wat surprise punye.
Adoiyya. Memang terkena laa. Bukan niat nak tipu yer, sekadar suka-suka je tau! |
Ahaha..Sebenarnya barang yang KAMI ambil kat IPK tadi tu, kek birthday la tu. Mintak tolong kawan Hajar belikan. Hehehe. Tu dia! Dah selesai makan-makan, perut dah kenyang, mata pun dah makin lali dah, seharian berjalan tanpa henti. So, apa lagi, balik rehat pulak laa. InsyaAllah Sambung lagi nanti. Banyak lagi kisah menarik KAMI kat sana. Apa taknya, masih berbaki 2 hari lagi. Macam pakej pulak, 4 hari 3 malam. Hehehe..
Ok bye, Assalamualaikum!