Wednesday, 21 November 2012

HIDUP SIHAT DAN KUAT

Hai Assalamualaikum semua!

Tahukah anda :
  • Berjalan 10,000 langkah adalah bersamaan dengan jarak 6.5 km hingga 7 km.  
  • Jika kita berjalan 10,000 langkah tanpa henti, ia akan membantu membakar kalori bagi sepinggan kuey tiaw goreng. 
  • Bagi membakar nilai kalori bagi segelas teh tarik pula kita perlu berjalan selama 10 minit tanpa henti. 
  • Secara puratanya setiap hari kita berjalan sekitar 6,000 hingga 7,000 langkah sahaja. 
  • Oleh itu, untuk menentukan kita tidak mengumpulkan kalori di dalam badan kita dan seterusnya menjadi obes, kita harus bijak mencari ruang dan masa untuk bersenam atau aktif setiap hari. 
  • Sebagai contoh, banyak menggunakan tangga, kurangkan masa duduk menonton televisyen dan banyakkan aktiviti riadah.
Hehe. Nak kata KAMI rajin bersukan tak juga. Cuma seminggu sekali KAMI akan luangkan masa untuk berjoging di hujung minggu. Asyik makan makan makan dan makan je kan? Sesekali kenalah bersenam keluarkan peluh buang lemak degil yang ada. hihi (degil ke?)

Sekitar Waterfront

Ramai juga warga Kuching yang beriadah di sini.

Selalunya KAMI akan berjoging dari rumah ke Waterfront samada hari Sabtu ataupun hari Ahad. KAMI akan bersiap awal pagi selepas solat subuh dan memulakan langkah 1000 eh 10,000 lah.  Tapi yang peliknya dah balik berjoging tu boleh pulak gi breakfast. hahaha.. Nanti-nanti kita pegi joging kat tempat lain pulak lah.

Bye!! Assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment