Monday, 31 December 2012

SELAMAT TINGGAL 2012!

Hai Assalamualaikum semua!


Dah lama blogkitempat ni sunyi sepi tanpa sebarang aktiviti dan entri kan. Apa tidaknya, masing-masing sibuk berholiday. Ambil kesempatan menghabiskan sisa-sisa cuti tahun 2012.

Sebelum tirai 2012 ini tertutup sempat juga KAMI buat aktiviti yang tak pernah dibuat lagi sebelum ini iaitu pegi tengok bola dekat stadium! (Ada orang tu dah biasa tengok bola kat Stadium Sultan Mohammad IV). Selama duk kat Sarawak ni, tengok bola jerit-jerit kat depan tv RTM jer. haha

Salah satu program yang tidak dirancang. Balik kerja tiba-tiba ada orang ajak gi stadium. Katanya ada bola. Persahabatan 'Sarawak vs Harimau Muda A'. Nak kata dapat tiket free tak jugak.haha. Dah la tak pernah pegi Stadium Negeri Sarawak tu, main terjah je.

Beli tiket lu. Eh apasal Sarawak lawan KL lak nih? (Muka tak puas hati) Kata penjual tu, tiket spare. Yola tu. Mesti malas nak kuarkan yang baru. Nasib baik la RM5 jer.
Antara stadium yang mendapat kelulusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menganjurkan permainan pada waktu malam. Kebetulan pulak KAMI sampai tu game baru nak start. Padahal tak tahu pun mula pukul berapa. Betul-betul main terjah ja.

Yang pakai jersi merah tu player Sarawak. Yang baju kuning mestilah player Harimau Muda kita. Errk. (Tak tahu pun sapa yang Ong Kim Swee turunkan malam tu.)

Game baru start 4 minit, Sarawak dah berjaya menjaringkan 1 gol. Harimau Muda baru nak warming up lah.. Habis separuh masa pertama seri, 1-1. hehe..

Yang ni lalang. KAMI sokong kedua-dua team! haha.

KAMI duduk di kelompok penyokong kuat Kelab Sarawak. Macam-macam lagu sorak keluar.
Rupanya baju Naim ni baju kelab Sarawak. Ok..

Nampak tak si cilik tu? Bila duk dalam stadium ni tumpuan untuk tengok bola taklah 100% kepada perlawanan. Lebih kepada tengok penyokong-penyokong yang begitu padu bersorak untuk pasukan masing-masing. Hehe.

Yang tak bestnye tengok kat stadium ni takde playback! Haha. Sekian saja entri penutup 2012 kita. Oh Harimau Muda menang malam tu dengan keputusan 4-2. (Tak tengok sampai habis lah. 12 minit lagi nak habis KAMI dah beransur suda.)


Tahun 2013 menanti dan akan dipastikan dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah kepada KAMI.
Azam tahun baru, KAMI nak jual nasi kerabu! Yeay!!! (semangat betul). Insya Allah..



SELAMAT TAHUN BARU 2013!

~leaving 2012 with smile, celebrate 2013 with Azam & Doa~


Bye!! Assalamualaikum..

Monday, 17 December 2012

MANA RADIA?

Hai Assalamualaikum semua..

Entri kali ini adalah renteten dari peristiwa ini dan sebelum kejadian ini. Hehe.. Besday gurl kita yang nak main masak-masak. Jejom kongsi bersama keceriaan hari tersebut :


Oh Man!!! A lil cute baby.. Apa nama kamu yer dik? Kenapa 'kakak' tak leh ingat ni.haha

Apa laa yang melucukan sangat tu.haha. Anak-anak buah Easter..

Abang Amat kan? Kamu pun cute jugak dik!

Menu KAMI pada hari itu, Western Style

Sudut pandangan kedua

Sudut pandangan ketiga

Spaghetti yummilicious

Lasagna pun yummilicious

Kentang ala-ala keepsi ni tak mekap abis lah.. Errr.. Sorry!

Tudiaa... Ayam Goreng KFC pun ada jugak.... Sponsored by Kak Su...

Salad

Uiks! Durian pun ada.. Buah tangan dari Kak Su juga. Makseh Kak Su.. (Macam tau-tau je KAMI ni hantu durian)

Happy birthday Pija.. Suprise yang tak menjadi dari KAMI. hehe

"Adik nak rasmi kek kakak dulu boleh?" Cute sangat!! Aunty Easter pun cute juak..

Besday gurl kita..

"Amat nak tiup jugak?"

Tetamu VVIP.. Naim!!

Jum tiup lilin sesame!

(Bila la nak boleh makan ni.. Kami dah tak sabar la..)

"Ibu, nak yang tu plissss!!! Ekit jak!!!"

"Yang ni ke nak?" Penuh kasih sayang.. (Baby tu aman je duk dalam pelukan Aunty Easter.hihi)

Ok. Entri kali ni tak de kena mengena ngan Radia pun.haha. Sebab dia camera women, so gambar dia takde. Tu jer. Tak lupa, terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang sudi hadir ke teratak nenek, (rumah sewa KAMI la tu.hehe). Kawan Pija ada, kawan Jaa ada, kawan Radia ada.. Berbaloi-baloi masterchef kita masak pada hari tersebut. Habis dan memang sedap pun kan? Tengok gambar pun dah tau. hihi.. Nak mintak resepi boleh lah kontek KAMI.. Next episode masterchef, kita tunggu Fani balik k? Rindu bangat sama kamu!huhu

Sekian saja. Bye!! Assalamualaikum..

Tuesday, 11 December 2012

LUNDU ~ PANDAN BEACH



Hai, Assalamualaikum!

Wah, dah nak balik kerja, baru excited nak update blog! Tetiba pulak kan.. Haha.. Ape kata orang, tak kenal maka tak cinta? Eh ye ker? Kalau tak tahu, maka…..? Hahaha… Kali ni, jom kita muhasabah sekejap, sebelum menerokai entri yang KAMI akan kongsikan nanti.

Di tengah-tengah kekalutan dengan tugas masing-masing, tetiba pulak rasa nak melapangkan fikiran, mendamaikan hati dan menenangkan jiwa.  Pokok pangkalnya hati yang tenang hanya akan diperolehi di dalam keadaan mengingati Allah. Salah satu cara untuk mengingati-Nya ialah dengan merenung, mengamati dan menghayati segala ciptaan Allah S.W.T. yang terindah ini. Dalam kesempatan berhujung minggu, walau tanpa perancangan awal, tertunailah jugak hasrat di hati nak menyusuri tepian pantai di Sarawak ni. Pertama kali menjejaki Pandan Beach, Lundu.

Subhanallah, Maha Agung Allah SWT. …indah sungguh ciptaan-Mu.. Tenang dan mendamaikan. Hehehe.. Tapi, seriously, memang cantik pemandangan kat sini. So, alang-alang siapa yang datang ke Sarawak, luangkan laa sedikit masa ke pantai ni. Tak jauh mana pun. Kalau dari Kuching, lebih kurang sejam lebih jer. Masa KAMI ketempat ni, bukannya tahu jalan pun. Main redah jer. Redah punye redah, rupanya ikut jalan jauh.. Siap naik feri lagi. Tetiba tengok signboard, laa. Kalau ikut jalan ke Serikin, lagi dekat. Tak payah susah-susah naik feri. Hahaha. Apapun, tak dilupakan rakaman fotografi penting untuk tatapan KAMI sendiri. Ni la lokasi aktiviti hujung minggu KAMI kali ni:

Bukan iklan Blackberry yer!
Jauh perjalanan KAMI
Siap naik feri lagi! tapi seronok dapat tengok kampung orang..
Ok. Dah sampai, pekena duyan dulu. Memang hantu durian!
Rajinnya, anak teruna sape laa ni? Eh, culek anak orang lagi.haha
Antara bekalan KAMI, berpicnic laa katakan!

Sebelum mandi-manda, kita makan dulu!

Tenang?                                                       Bersahaja?                                               Terpaksa?
Suatu petang di tepi pantai
KAMI...Santai sepetang disini!
Bergurau dengan adik kesayangan.

Berada di puncak, menggapai awan kelabu! Ape yang suko sangat tu..
Yearh! Saya berjaya akhirnya!
Gaya tersendiri.. Hikhikhik!
Berebut layang-layang ngan budak laa pulak!
                                 Nak naikkan layang-layang, begini caranya yer!           Yeahhh, sudah di angkasa dah!

Pheewittt! berdating ker? Macho arr!
Jap eak, nak bergambar dulu
Ala-ala buaian! hehehe..
Jom balik!!
Driver yang setia..Sambil terbang, sambil makan MAMEE..Saman dia!
Wah.. Syok nyer tido. Penatnya mengalahkan driver!
Suasanamu indah, sekelumit memori terukir disini! Dan diabadi di blog KAMI~

Aha.. Itu saja untuk kali ni. Insya Allah, ada masa, ada kelapangan KAMI akan ke sini lagi, memang best lah kat sini. Keindahan yang cukup memukaukan! Sehari bersantai kat sini, cukup untuk membuatkan hati memperolehi ketenangan. Sambil bersukaria, sambil menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Alhamdulillah, syukur atas nikmat ini..


 Bye, Assalamualaikum!